An Itennary In Cameron Highland 2D1N


Day 1:

bertolak dari Langkawi 11pg, naik feri punyalah sesak, drop Alor Setar around 1pm dan terus drive ke Cameron.

tiba di Cameron lepas asar menjengah maghrib dan ingin Check In di Hotel Jasmin of Brincang. Encik Suami book via Agoda a day before.

mungkin sebab cuti sekolah, agak pact Cameron ni, nak cari parking punya susah, Encik suami drop untuk check in dan hujan mulai turun. encik suami beli cendawan goreng buat bekal kami dalam kereta. sedap tapi sejuk gedi cendawannya!

Hantar barang ke bilik hotel dan bergegas Jamak Ta,khir. Jasmin Hotel ni frankly speaking sangat sweet, ; lobinya comel, terus mengadap elivator. Bilik kami 409 di tingkat 4. ada 2 katil, satu queen dan satu single. oklah untuk kami  5 beranak. ada tv dan cofee corner. cukup ruang untuk solat dan bersih.


dalam bilik air yang luas ada 3 towel kaler biru, air punyalah sejuk, nasib baik ada water heater.

lepas solat kami ke pasar malam, nampak time lalu petang tadi, yang slacknya, hujanlah pulak, jadi terpaksa beli payung kaler merah corak strawberry RM12, saya minta RM10, tak dapat, dia bagi RM11..oklah

asalnya bawa stroller Rania, tapi bila dah hujan,macam tak praktikal, si encik suami dukung Rania yang semangat tu..

akhirnya Rania Tidur di tengah hujan didukung encik suami..penat agaknya travel tadi...

kami beli makanan dek kelaparan/skip lunch: ayam golek separuh dengan nasi, nasi kerabu, apam balik kecik, buah limau besar, dadih strawberry dan iman serta yaya makan strawberry coklat.

banyak yang menarik hatta sangat murah seperti sayuran, sovenir, teh tapi tak sempat dek kehujanan.

balik hotel dan makan (makanan semua sedap except apam balik kecik dan buah limau-kata encik suami, slice yang dicuba di gerai tadi manis, tapi tidak yang dibeli..huh), solat jamak Ta,khir lagi dan tidur sambil layan TV.


Day 2:

Solat subuh awal dek agak sejuk, 830 pg dah turun breakfast. sebelah hotel jasmine ada kedai mamak. parking situ je, saya order nasi lemak, encik suami, iman dan yaya minta roti canai (sangat tebal, sejuk dan tidak sedap, alhamdulillah..tempat sejuklah katakan)





suasana agak sejuk, budak-budak pakai baju sejuklah konon tapi by 10 am dah mula panas (banyak sangat pembinaan daripada penanaman..kesan rumah hijau)

spot 1 pasar sayur---sangat heaven, kami beli jagung madu selonggok RM10, sayuran sepeket RM1  x 5pek dan bunga kubis 2biji RM10.






spot 2 - ladang/kebun? strawberry---bergambar lah rai budak-budak even seketul dua je buah kat pokok, nak makan ice cream strawberry, macam tak memberangsangkan, beli satu cawan je budak-budak share RM8.







spot 3---lavender park/garden, ni tempat baru, kena tiket dewasaRM5, kanak-kanak RM3---seronok bergambar....tapi ada satu spesis tu, merajuk manjang..aduyai yaya...









 last time ke sini was 5 years ago! so, jumpa lagi Cameron, 2018...hihu
budak-budak enjoy..
hopefully, hotel yang banyak tu,,dah-dah lah naik
tanam lebih bunga, lebih sayur, lebih strawberry dan teh okay...
otherwise, baek pegi bercuti KL je..kan?
saya bagi 3 bintang untuk Cameron 2013 ;)


******************ittenary Cameron Jun 2013 tamat*******************


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..