Terima Kasih C.I.N.T.A

 
http://denuanza-home-baked.blogspot.com/

si fantastik surayya dan si planner aisyah saya hantar ikut rombongan sekolah ke aquaria klcc. sengaja biar mereka bersosial secara sihat dan dek tidak berkesempatan membawa sendiri mereka ke situ. khabarnya aquaria klcc best!

7 pagi mereka bersiap ke sekolah dan saya tidak ikut serta rombongan. biar si kakak aisyah handle adiknya surayya. saya paranoid juga bila fikirkan semua kemungkinan. mana tau, surayya tu macam explorer sikit, takut hilang ke sesat ke..tapi saya percaya pada cikgu dan pengurusan sekolah juga tawakkal pada Allah, InsyaAllah...

4 petang saya jemput mereka semula yang dah selamat sesi lawatan. punyalah comot, ke aquaria pun comot?pelik kan? tapi budak-budak,,taulah...

si aisyah yang agak imaginatif bercerita yang dia excited dengan persekitaran aquaria yang besar, banyak ikan..she talking about the macro things..

si surayya pulak yang very objective fokus cerita tentang buaya!banyak-banyak benda kat aquaria tu dia takjub dengan buaya!can u imagine? surayya descriptively explain what the croc look like hingga saya tegelak walau dia tak bagitau benda yang dia describe tu buaya asalanya.

tak cakap terima kasih ke kat abah? tanya saya
kenapa? tanya surayya
sebab abah yang bayarkan trip tu...kata saya
terima kasih abah....kata aisyah spontan diikuti Surayya

terima kasih Allah...kata Surayya
buat kami berpaling..
kenapa ? saya tanya...bukan minta explanation, tapi tekejut sebab surayya yang cakap
sebab....Allah yang bayarkan semua-semuanya!
Allah bayarkah abah, mama, kakak, kak ngah (herself), rania dan buaya! 
semua Allah bayarkan
kami semua berderai gelak dalam kereta

dalam hati,,,saya bersyukur
kerana Allah telah ada dihatinya ....
bila dia ingat Allah
pasti kita tidak akan dia lupakan..
terima kasih Allah!
atas C.I.N.T.A Mu...

roselangkawi@kuis
http://blaquevillalangkawi.blogspot.com/.


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..