Rania Suka Veges Medley



sangat sangat teruja dengan Rania yang dah mula nak makan. bila time makan family, Rania mula buat muka kesian, macam dia teringin sangat nak rasa apa yang kita makan. thats a very good sign!so, time makan Rania akan sama dengan time makan family, tapi Rania makan Veges Medley!kadang rasa Rania tak ikhlas makan makanan dia, iyelah, aspek rasa sedap atau tidak pada baby mungkin subjektif pada kita, tapi Rania akan lebih excited kalau makanan dia ada rasa manis-manis dan diolah selalu. nak tambah perasa, tak sesuai, jadi veges medley setakat ni macam boleh puaskan selera Rania. bahan asas pastinya karot!brokoli dah cuba, tapi bau dia agak kuat, bayam pula cepat rosak, celeri boleh diberi sekali sekala. rutinnya saya akan buat veges medley ni..

3 sudu besar beras + 3 cawan air...direbus hingga kembang dulu
dimasukkan potongan karot + kentang + kurma

kadang saya + potongan dada ayam / isi ikan

bila sejuk..kisar halus dan hidangkan pada si manja....

selamat Hari Ibu untuk semua ibu!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..