Di sini Kasihku Tertumpah..



Mengapa anda berminat dengan KUIS

terngiang soalan diajukan sewaktu interview sebagai pensyarah 10 tahun lalu..usai soalan itu ditanya,,minda bagai menerawang laluan sebelum tiba ke bilik interview..Tasiknya yang mendamaikan, kubah masjid tersergam, rimbunan buluh kuning yang melambai..

bagai nak jawab pada interviewer yang..saya berminat dengan KUIS sebab kampusnya cantik! tapi sangat material pula bunyinya..

lantas saya menjawab pasti; saya berminat dengan KUIS kerana bi'ah islamiah yang terpancar padanya dan saya yakin KUIS dapat menyuburkan minat saya yang mendalam terhadap akademik!



Alhamdulillah, telah 10 tahun lebih saya menabur secebis budi di KUIS. tipu jika saya tidak sentimental setelah 10 tahun berkhidmat! tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. begitu kata orang tua-tua. 

anak didik saya dah ramai yang berjaya, menjadi "somebody" dalam diri mereka sendiri. kerapkali bertemu di FB, mereka mengucap terima kasih, ucap selamat hari guru, juga jemput walimah, juga cukur jambul,,sudah bercucu saya! saya sayang mereka seperti nyawa saya sendiri.

teringat akan kesungguhan mereka menuntut ilmu; walau tidaklah se "flying colours" pelajar IPTA, akhlak merekalah yang terpuji! walau dalam subjek hanya dapat C, namun akhlaq yang baik, senyum di bibir dan ingatan mereka pada kita, tetap A di hati saya.

siapa tidak bangga walau hanya di pasar malam, pelajar menyapa..

ini cik rose kan? saya pelajar cik dulu...
hati bagai nak menangis bangga..sungguh teruja

saya telah bekerja di......orang rumah saya pun telah bekerja...
terima kasih banyak cik..

boleh saya dapat nombor contact cik?
sebuah lagi silaturrahim tertera...

saya bangga, sebutir pasir, telah menjadi permata...
saya doakan kalian berjaya, di akhirat dan di dunia...


rose @ KUIS, Pemangkin Tradisi Ilmu

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..