kain Chiffon, tudung tingkat




Dari Langkawi hasrat dibawa

Ke Kuala Perlis menempuh gelora

Rombongan kami berpecah dua

Akhirnya di Pokok Sena kami bersua



Sungguh girang hati ayahanda

Hinggakan terlupa barang dibawa

Akhirnya sepersalinan diberi ayahanda

Oleh anakanda acik yang tercinta



Dari enstek kekanda berlepas

Di tengah malam tiba berhempas pulas

Walau kaki sakit jiwa memulas

Selamat tiba dek hati yang ikhlas



Aseer demam panasnya mendingin

Demi alang Aseer tak mahu kepingin

Meminang permaisuri Aseer pun ingin

Kadang malam Aseer berangin-angin



Rania pula asyik seronok

 dek lama tak jumpa dia tak kenal tok

agak lama sikit dia mula syok

sampai malam tak mau tidoq



homestay 3 bilik ditempah acik

besar rumahnya tidaklah kecik

rasa seronok tidaklah mau balik

apakan daya rancangan diatur licik




alang merias si mawar merah jambu

hingga 2 pagi tidaklah jemu

akhirnya lima dulang sedia bertamu

sireh junjung, cincin, buah, cokelat dan kek idaman kalbu

 


sangatlah  cantik hantaran hati

buat meminang sang permaisuri

lima dulang silver berkaki

bertatah permata juntaian manik berseri



sireh junjung tanda beradat

bersulam cincin membawa hasrat

coklat, buah dan kek pemanis  padat

moga pertunangan kekal sejagat



kekanda Rizal selepas subuh tiba

dek punctual janji dikota

sempat bersarapan juga berseloka

sambil menunggu janji si teruna



berbaju chiffon tudung bertingkat

dulang hantaran girang diangkat

dari Langkawi kami sepakat

moga jalan membawa berkat



serba biru rombongan kami

kehendak alang kami  turuti

dulang diangkat kami susuni

tiba di laman sang permaisuri



kancil, myvi, elantra dan exora

pacuan kami pantas membawa

sungguhlah panas bagai dikata

harapnya sejuk sejurus tiba



teratak permaisuri belum bersedia

awalkah kami atau salah rumah

rupanya mengalukan lagi mesra

muka manis pekerti ramah



wakil permaisuri belumlah tiba

maniskan senyuman sabarlah jua

menunggu majlis bermula tika

bila semuanya sudah sedia



ayahanda lantang membuka bicara

diperkenal semua ahli keluarga

hantaran di letak, tarikh diperkata

moga realiti janji dikota




sudah tiba masa dinanti

cincin tunang di jari manis permaisuri

selamat datang ke keluarga kami

moga silaturrahim terjalin nanti



sesi bergambar berlangsung ringkas

merah jambu persalinan permaisuri

jamuan tengahari dihidang pantas

buat rombongan tak sabar menanti



ikan kembong bakar juga sambal

gulai rebung juga ayam masak merah

air oren sedap janganlah disangkal

dadih dan pulut serawa durian buat ayahanda gindah!




walaupun sedap tidaklah larat

dek tertunai sudah membawa hasrat

dulang hantaran lantaran kami angkat

walau nampak nak balik hatta majlis baru nak start



kita bertemu di lain kali

bulan November kata dijanji

pasti kita berjumpa lagi

dengan majlis lebih meriah lagi dinanti



petang itu juga naiki feri

mahu pulang Langkawi LIMA dinanti

walau penat tidak terperi

syukur Alhamdulillah ..

mission accomplished sudah terpateri 


nukilan: Dr.Rose...
 
sempena pertunangan adinda
Mohd. Firdaus Abd. Rahman
dengan pilihan hatinya
Marly Sherlina
pada 25 mac 2013/Isnin/13 jamadil Awwal 1434

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..