Jom Kita mengundi!!!

 
Sistem Pilihan Raya 
 
Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem polit
ik pelbagai parti yang mana parti politik yang
memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakya
t) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan
Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digun
akan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-
System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh m
ajoriti akan diisytihar pemenang di bahagian piliha
n
raya yang berkenaan.
Undang-Undang dan Pelaksanaan Pilihan raya
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa
undang-undang dan peraturan telah digubal untuk
memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhny
a. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan
yang digubal adalah seperti yang berikut:
Perlembagaan Persekutuan;
Perlembagaan Negeri;
Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);
Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);
Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilih
an Raya, 1981;
Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan R
aya, 2002;
Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan
Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini ada
lah berkait secara langsung dengan proses pilihan
raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa und
ang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan
secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi
memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan
raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan
1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan
Dalam Negeri, 1960.
Elemen -Elemen Penting Pilihan Raya
Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
Bahagian Pilihan Raya
Pemilih
Calon
Proses Pilihan Raya
Bilangan Bahagian Pilihan Raya
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysi
a, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-
penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen
(Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri
(Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 k
erusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan
Undangan Negeri.
Persempadanan Semula
Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruha
njaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji
semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parl
imen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam
Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya
perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang
daripada 8 tahun.
Pendaftaran Pemilih
Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah
seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi
dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri.
Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar ji
ka dia:
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh
kelayakan;
Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya
di Malaysia; dan
Tidak hilang kelayakan.
Hilang Kerakyatan
Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia:
Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman
atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah d
an dihukum mati atau penjara untuk tempoh
lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tar
ikh kelayakan; atau
Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pil
ihan Raya 1954; atau
Telah memperoleh kerakyatan asing.
Semakan Daftar Pengundi
Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahu
n, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-
undang. Anda boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhan
jaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya
Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit
bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru
disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan
selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan banta
han.
Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan mela
lui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun
berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam t
empoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-
nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang su
dah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan
dikeluarkan daripada daftar berkenaan.
Kelayakan Calon
Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang b
ertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertand
ing
sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi ca
lon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi
syarat berikut:
Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
;
Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari pe
namaan calon; dan
Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:
Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; ata
u
Ddidapati seorang bankrap; atau
Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit';
atau
Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan ray
a; atau
Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia d
an dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh
tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang d
ari RM2000 dan belum mendapat pengampunan;
atau
Telah memperoleh kewarganegaraan asing.
Tempoh Pilihan Raya
Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-
undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kec
uali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya
Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarik
h pembubaran. Pilihan Raya Kecil juga diadakan di
dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama a
da disebabkan kematian, peletakan jawatan atau
seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Nege
ri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh
kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Proses Pilihan Raya
Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula d
engan pengeluaran writ pilihan raya oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. P
ada masa yang sama satu notis akan diwartakan,
menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan ha
ri mengundi.
Hari Penamaan Calon
Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon
-
calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk ber
tanding dalam pilihan raya kepada Pegawai
Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan
oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah
seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mes
tilah dikemukakan di antara jam 9.00 pagi hingga
10.00 pagi pada hari penamaan. Kertas-kertas penama
an akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00
pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana
seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai
Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanp
a bertanding.
Deposit
Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlime
n dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan
kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari pena
maan calon. Calon akan hilang wang deposit
sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi
yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di
dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.
Penggunaan Simbol
Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik
boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat
kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan.
Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol
yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.
Kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-p
eraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera
di
dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. K
empen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses
penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tenga
h malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan
pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai
kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958
dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 un
tuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan
membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat K
uasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika
difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai
Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Piliha
n
Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah,
seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan
seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding
.
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegaw
ai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk
memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah piliha
n raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan
peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan pe
raturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawat
ankuasa-jawatankuasa di peringkat
Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi me
mberikan penerangan kepada parti-parti politik, cal
on-
calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti meng
enai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Sena
rai
perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pil
ihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan
oleh
calon-calon dan petugas-petugas parti.
Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:
Pengedaran risalah dan surat;
Poster;
Ceramah tertutup dan ceramah umum;
Kempen dari rumah ke rumah.
Parti-parti politik dibenarkan membentangkan dan me
mperjelas menifesto masing-masing. Mereka
juga boleh menggunakan media elektronik. Walau baga
imanapun, calon-calon perlu membayar
deposit berjumlah RM5,000 bagi pilihan raya Parlime
n dan RM3,000 bagi pilihan raya Negeri.
Deposit ini akan dipulangkan sekiranya calon-calon
menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya
di dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi.
Sepanjang tempoh berkempen pihak polis akan dari se
masa ke semasa mengeluarkan garis-garis
panduan kepada calon-calon yang bertanding untuk me
mastikan pilihan raya berjalan secara aman.
Semua bentuk kempen mesti ditamatkan pada jam 12.00
tengah malam sebelum hari mengundi.
Hari Mengundi
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pe
milih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi
bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhi
r dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun
demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8
.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia
.
Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak
digunakan bagi memastikan kelancaran membuang
undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin
berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan
Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklu
mkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan
raya seperti:
Tarikh mengundi;
Lokasi tempat mengundi;
Waktu mengundi di semua tempat mengundi;
Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.
Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang
telah diwartakan. Setiap tempat mengundi
mempunyai seorang Ketua Tempat Mengundi yang mengaw
al selia proses pengundian. Beliau akan
dibantu oleh kerani mengundi dan kerani mengira und
i.
.
Barong SPR
Undang-undang yang ada pada masa ini melarang calon
daripada mendirikan pondok di mana-mana pusat
mengundi di dalam kawasan tempat calon itu bertandi
ng. Walau bagaimanapun, parti-parti politik
dibenarkan untuk mengadakan bilik operasi jika seki
ranya terletak di luar jarak 50 meter dari pusat
mengundi. Bagi memastikan kelancaran pengundian, Su
ruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan mendirikan
barong SPR di pusat-pusat mengundi. Barong-barong i
ni adalah untuk membantu pemilih menyemak
nombor siri mereka di dalam daftar pemilih dan salu
ran supaya pengundian berjalan dengan teratur.
Kebenaran Untuk Memasuki Tempat Mengundi
Hanya pemilih-pemilih yang nama mereka terdapat di
dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi
sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi.
Penggunaan kad pengenalan pemilih yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai
pengenalan diri, dan perlu ditunjukkan di tempat
mengundi. Bagi memastikan keadaan terkawal dan mene
ntukan kerahsiaan undi, hanya pegawai-pegawai
berikut yang dibenarkan memasuki tempat mengundi:
Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya;
Ketua Tempat Mengundi dan kakitangannya;
calon-calon dan wakil calon;
Ejen-ejen mengundi dan ejen mengira undi; dan
orang-orang yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Piliha
n Raya.
Cara-Cara Mengundi
Undi adalah rahsia. Seseorang pemilih hanya boleh m
emangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan
menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih
. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu
melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan set
erusnya memasukkannya ke dalam peti undi yang
disediakan. Jika diadakan pilihan raya serentak (De
wan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas
undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke da
lam peti undi yang berasingan yang ditanda
“PARLIMEN” dan “NEGERI”.
Undi Pos
Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin ke
pada pemilih yang layak mengundi melalui pos.
Biasanya pengundi pos terdiri daripada anggota tent
era, Pasukan Polis Hutan, petugas-petugas pilihan r
aya,
pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di luar nega
ra, pelajar yang menuntut di luar negara, serta ist
eri
atau suami masing-masing. Kertas undi pos mesti sam
pai kepada Pegawai Pengurus selewat-lewatnya jam
5.00 petang pada hari mengundi. Prosedur-prosedur y
ang lengkap telah disediakan untuk menjaga
kerahsiaan undi.
Ejen Mengundi
Undang-undang membenarkan calon melantik ejen mengu
ndi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di
setiap tempat mengundi di sepanjang masa. Peranan e
jen adalah untuk memastikan pengundian dijalankan
mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang
berkaitan.
Pengiraan Undi
Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengund
i di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan
undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu b
ahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus d
i
pusat pengiraan undi yang ditetapkan. Semasa undi d
ikira, orang-orang yang dibenarkan sahaja boleh
memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah:
Ahli-ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya;
pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
;
kerani mengira undi; dan
calon, wakil dan ejen mengira undi.
Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan p
engiraan undi dijalankan mengikut proses
yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-unda
ng dan peraturan dan bagi memastikan urusan
pengiraan undi itu betul, adil dan telus.
Penjumlahan Rasmi Undi
Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat men
gundi dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan
pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di p
usat penjumlahan undi. Pegawai Pengurus akan
menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk m
enentukan pemenang. Pegawai Pengurus bagi
sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytihar
kan calon yang mendapat undi majoriti, sebagai waki
l
yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan.
Petisyen Pilihan Raya
Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. S
esuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berik
ut:
Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang m
ungkin telah menjejaskan pilihan raya;
Ketidak patuhan undang-undang dan peraturan pilihan
raya;
Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-un
dang yang dilakukan oleh calon dan ejen-
ejen;
Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai p
ilihan raya.
Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahka
mah Tinggi di dalam masa 21 hari selepas
tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta
. Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan
perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan
bahawa pilihan raya berkenaan terbatal,
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis ya
ng mana pilihan raya baru akan diadakan di
bahagian pilihan raya tersebut.
Penyata Perbelanjaan Mengundi
Seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bag
i pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi:
RM200,000 bagi Dewan Rakyat; dan
RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Penga
rah Pilihan Raya Negeri di dalam tempoh 31
hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarka
n di dalam Warta. Kegagalan untuk
mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya atau
kegagalan untuk mengemukakannya di
dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalah
an di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954.
Penyimpanan dan Pelupusan
Dalam proses pilihan raya, satu aspek penting ialah
penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen
lain berkaitan. Dokumen-dokumen ini mestilah disimp
an di dalam peti atau peti-peti khas dan
dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon.
Peti-peti khas ini disimpan selama 6 bulan di bawah
pengawasan Pegawai Pengurus. Pengarah
Pilihan Raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih y
ang telah ditandakan dan juga 'counter foils'
kertas undi. Ini adalah bagi menjamin kerahsiaan un
di. Peti-peti itu hanya boleh dibuka atas arahan
Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes-kes petisyen.
Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus, selepas m
endapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya
akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-doku
men berkenaan. Pegawai Pengurus kemudian
akan mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah P
ilihan Raya Negeri.
Proses pilihan raya di Malaysia adalah satu proses
yang baik berdasarkan kepada penggubalan beberapa
undang-undang dan peraturan yang memastikan pilihan
raya yang bebas, adil dan telus. Di samping itu
proses pilihan raya ini menjamin keputusan pilihan
raya diumumkan dengan cepat.
Pengenalan Sistem Demokrasi
Ciri utama bagi negara yang mengamalkan Sistem Demo
krasi Berparlimen ialah mengadakan pilihanraya
yang bebas. Dalam hal ini tujuan diadakan pilihanra
ya ialah agar rakyat menggunakan hak mereka untuk
memilih kerajaan yang mereka percaya boleh memerint
ah dengan baik dan memenuhi kehendak -kehendak
rakyat. Oleh itu parti yang paling banyak mendapat
kepercayaan rakyat adalah berhak menggunakan
mandat itu selama lima tahun sehingga pilihanraya
baru diadakan.
Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen
Demokrasi dan Perlembagaan adalah dua konsep yang s
angat besar ertinya bagi kita di Malaysia. Pegangan
kita kepada kedua-dua konsep inilah yang menentukan
corak kerajaan kita di samping segala kebebasan da
n
kemakmuran yang dinikmati sehingga hari ini. Secara
amnya demokrasi bermakna rakyat mempunyai suara
mutlak di dalam menentukan kerajaan yang memerintah
sesebuah negara. Sejak negara mencapai
kemerdekaan, amalan demokrasi berparlimen telah di
tentukan melalui sistem pilihanraya yang bebas.
Biasanya pada tiap-tiap lima tahun kita sebagai rak
yat Malaysia adalah berhak memilih wakil-wakil kita
dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Dewan-dewan Undangan Negeri pula melantik Ahli-
ahli Dewan Negara bagi mewakili kepentingan-
kepentingan tertentu.
Panduan Mengundi
Syarat-syarat mendaftar sebagai pengundi ialah:
Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun ke atas.
Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya
(Mengikut alamat dalam kad pengenalan)
Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana
diperuntukkan di dalam undang-undang
Tip Mengundi
Memeriksa nama anda dalam daftar pemilih sebelum ke
tempat mengundi. Semakan boleh dibuat
melalui Daftar Pemilih di Tempat Mengundi atau di
Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau
melalui laman web SPR dua minggu sebelum hari mengu
ndi.
Laman Web SPR-
http://www.spr.gov.my
Datang awal ke tempat mengundi dan bawa salah satu
dari dokumen-dokumen berikut :
-
Kad Pengenalan atau
-
Pasport Terhad atau
-
Pasport Antarabangsa atau
-
Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9)
atau
-
Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (
JPN 1/11) atau
-
Lesen Memandu.
Undi anda amat dihargai. Dalam pemerintahan demokra
si, tiada sesuatu atau seseorang pun yang
boleh menghalang anda dari membuang undi.
Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani
Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan
Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan
sebagainya.
Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, and
a akan diberi slip menyatakan nombor siri daftar
dan saluran mengundi anda.
Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepa
da kerani pengundian pertama yang akan
meneriakkan nama dan nombor Kad Pengenalan atau nom
bor siri anda. Kerani kedua akan
mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat d
ua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga
yang akan menindik kertas undi tersebut.
Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan
turunkan tanda “X” pada petak kosong di atas
kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calo
n yang anda pilih.
Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti u
ndi
Keluarlah melalui pintu yang disediakan.
Peraturan Mengundi
Beratur
Sentiasa senyap di kawasan pusat mengundi
Mengundi hanya sekali
Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat angg
ota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke
pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, aban
g, adik, suami atau isteri yang telah diberikan
kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. Wakil ini m
esti menandatangani Perisytiharan identiti.
Pemilih cacat penglihatan dan cacat anggota yang ti
dak ditemani saudara juga juga boleh mengundi.
Mereka boleh meminta pertolongan Ketua Tempat Mengu
ndi untuk membantu mereka membuang
undi.
Yang Tidak harus Dilakukan
Jangan menerima sebarang imbuhan berupa wang atau b
arangan
Jangan masuk ke pusat mengundi memakai lencana atau
simbol parti yang besar.
Jangan berbual-bual atau bertanya ketika di dalam
saluran mengundi. Dapatkan pertolongan Ketua
Tempat Mengundi sekiranya anda perlukan bantuan.
Jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuang u
ndi.
Jangan bazirkan kertas undi anda.
Jangan tunjukkan kertas undi kepada sesiapa setela
h anda selesai mengundi.
- Anda hanya mengundi sekali sahaja dalam satu-satu
pilihan raya.
Jangan mengundi lebih dari sekali kerana tindakan i
tu adalah satu kesalahan yang besar.
Pendaftaran Pemilih
Pendaftaran pemilih sebagaimana yang ditetapkan ole
h undang-undang membolehkan warganegara
Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di s
amping itu membolehkan Pemilih Berdaftar yang
bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih j
uga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam
daftar pemilih yang sudah disahkan.
Mendaftar Sebagai Pemilih
Untuk mendapatkan hak anda mengundi dalam pilihan r
aya serta menggunakan hak anda sebagai seorang
warganegara.
Tempoh Pendaftaran Pemilih
Melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun
(SPPST), pendaftaran pemilih boleh dibuat
sepanjang tahun.
Bagaimana Untuk Mendaftar
Pergi ke pusat-pusat pendaftaran:
Bawa bersama Kad Pengenalan ( My Kad) anda;
Mengisi borang permohonan (Borang A ).
Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas s
ebelum anda menandatangani borang
Simpan satu salinan borang berkenaaan sebagai bukti
pendaftaran
Pusat-pusat Pendaftaran pemilih
i) Kaunter Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya
ii) Kaunter pejabat-pejabat pilihanraya negeri
iii) Kaunter pejabat-pejabat pos berkomputer
Unit Bergerak
i) Unit Bergerak Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Nege
ri
ii) Penolong Pendaftar (Wakil-wakil Jabatan kerajaa
n)
iii) Penolong Pendaftar (Wakil-wakil parti politik)
Nombor Telefon Pejabat Pilihanraya Negeri
Negeri Nombor Telefon
Perlis
04 - 9761180
Kedah 04 - 7331332
Kelantan 09 - 7482510
Terengganu 09 - 6221218
Pulau Pinang 04 - 2617692
Perak 05 - 2544195
Pahang 09 - 5165025
Selangor 03 - 55194273
Wilayah Persekutuan 03 – 26811050
Negeri . Sembilan 03 - 7639975
Melaka 06 - 2824124
Johor 07 – 2243516
Sabah 088 – 488588
Sarawak 082 - 254867
Laman Web : www.spr.gov.my
E- mail : spr@spr.gov.my
Bagaimana Hendak Menyemak Status Pendaftaran Anda:
Seseorang pemilih boleh menyemak status pendaftaran
melalui cara-cara berikut:
Melalui laman web SPR di http://www.spr.gov.my:
Melalui semakan itu, pemilih akan memperolehi maklu
mat-maklumat berikut:
i)
Nama,
ii)
Nombor K/P ( baru dan lama; jika ada) :
iii)
Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, daerah m
engundi dan lokaliti.
Datang sendiri ke Ibu Pejabat SPR atau ke Pejabat P
ilihan Raya Negeri
Menyemak Buku Daftar Pemilih yang dijual oleh SPR
Menelefon ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat Pilihan R
aya Negeri
Melalui Unit Bergerak SPR
Untuk makluman lanjut, sila layari laman web SPR
di http: //www.spr.gov.my atau hubungi:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4 – 5 Blok C7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
Tel : 03-88856500

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..