Eye For An Eye



Eye for An Eye adalah tajuk novel yang pernah saya baca masa study dulu. Ia bukan bermakna apa-apa berkaitan mata, tapi bermakna lebih kurang, hutang nyawa dibayar nyawa gitu! tapi serius, saya langsung tak ingat apa content novel tu. mungkin bahasa Inggerisnya aras tinggi atau mungkin saya dah cukup tua..hahahha

saya nak cerita yang mata saya sakit. amat jarang saya sakit mata. hakikat bahawa benda yang berharga hanya akan bernilai jika kita tahu akan nilainya adalah betul. guna mata hari-hari, memang kita akan kata kita sudah bersyukur, tapi bersyukurkah kita pada erti kata yang sebenarnya? bila mata mula merah, gatal dan bengkak, baru nak jaga mata dan bersyukur dengan nikmat diberi sebelum ini.

daripada navigasi dibuat, sakit mata ni mungkin disebabkan oleh bakteria, virus atas simptom penyakit!
ia hanya akan hilang selepas 7-10 hari. saya dapat mc 5 hari dek sakit mata. untuk D&C hari tu pun cuma dapat 10 hari. bayangkan pentingnya mata ni.

10 top things to do list bila sakit mata:

1-bersyukur banyak-banyak
2-bersabar banyak-banyak
3-jaga kebersihan-sentuhan, barang peribadi tidak boleh dikongsi bagi elak jangkitan.
4-gunakan ubat mata, ubat titis atau antibiotik
5-lap mata dengan tuala suam
6-elakkan menjangkiti orang lain
7-jumpa doktor, minta ubat, nasihat profesional
8-gunakan ubat seperti dicadangkan
9-rehat dan bersyukur lagi dan lagi
10-baca doa sembuhkan mata

Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat  (Surah al-Qalam : 5)
(Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

          Langkawi Blaque Villa HomeStay
Welcome to Langkawi Blaque Villa HomeStay. It is strategically located in the radius of Cenang Beach, Langkawi. Surrounded by paddy fields, airport/MIEC, beaches and tourist hot spots, to make everything you need closed to you. We have 2 and 4 room homestay for your convenience +6012-310 6096, +6012-331 3020, bvlangkawi@gmail.com
Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
150
150

No charge
(2 sets)
With Deposit
300
Full paid
280
4 room
Double bed
 X 4
300
300

600

560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com
 

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..