Brokoli stim untuk Rania


  
Agaknya memang trend dan saya yakin atas kesedaran juga, ramai ibu sekarang memilih untuk menyusu badan bayi masing-masing. Obsesi ini sebenarnya positif. Dengan adanya gajet yang makin pelbagai, bayi-bayi kini lebih peluang untuk membesar sihat dengan susu ibu, sybas ibu-ibu sedunia!

Daripada tip penyusuan, teknik perahan dan penyimpanan semuanya makin mudah andai ada kemahuan. Pam susu yang variasi, teknik perahan dan simpanan stok, hatta kelab ibu menyusu semuanya menjurus kepada objektif yang sama; memastikan khasiat susu ibu untuk bayi.

Yang lebih penting nak saya kongsikan di sini ialah, bilamana kita terlalu obsess dengan aktiviti penyusuan badan, kita kadang terlupa tanggungjawab memperkenalkan makanan pejal pada baby bila tiba masanya (biasanya 6 bulan ke atas). Bila baby membesar, susu memang perlu diberi konsisten tapi ianya sudah tidak sufficient!baby perlukan khasiat daripada makanan pejal untuk mendapat nutrient yang lebih banyak. Justeru, jangan leka dan lupa untuk kenalkan baby dengan makanan pejalnya. Dengan memperkenalkan makanan pejal pada baby, kita juga sebenarnya telah mencorak paten pemakanan awal di kalangan bayi kita.

Pernah kita dengar; anak saya tak suka sayur, tak suka buah, tak suka semualah…tabiat pemakanan ini sebenarnya boleh dibentuk. Sekadar sedikit pengalaman dengan 3 puteri, saya seperti ibu lain pun masih dalam proses research and development. Cuma untuk bayi yang ke 3 ni, RND dah agak mantap, jadi dia kebih dapat manfaat.

Jika dulu saya hanya pandai buat bubur nasik campur karot dan isi ayam saja.sekarang menu dah makin maju dan advan. Saya kurang gemar makanan bayi segera kecuali pada masa kecemasan. Dulu saya kira proses memasak bubur amat mengambil masa, sekarang itu semua bukan alasan. Kita boleh rebus bahan bubur dan kisarkan sahaja. asasnya bayi boleh menerima semua jenis makanan, Cuma bentuk lembut sahaja yang boleh diterimanya memandangkan gigi belum tumbuh. Elakkan juga gula, garam juga perasa.

Kata kawan-kawan yang baykan pengalaman, untuk makanan baby, ibu perlu lebih kreatif dan rajin. kadang tidak perlu masa yang panjang, dalam kesibukan pun boleh buat. Kata orang, hendak seribu daya, mahu seribu cara.

Rania baru 6 bulan, saya perkenalkan sayuran dan buahan dulu dengan bubur beras. Ayam dan daging juga ikan slow-slow lah, ,,
Resepi brokoli stim Rania style
Potongan brokoli
Potongan kentang
Potongan lobak merah
Potongan epal merah/kurma/kismis
Bersih dan stimkan hingga agak lembut
Bila sejuk, kisarkan dengan air masak atau stok yang dibuat sendiri tanpa bahan perasa
*bubur brokoli ni sedap dengan rasa manis sayuran dan buahan.

Salam sayang dari dr.rose @ langkawi blaque villa homestay





Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..