Susu Kambing Untuk Rania...


nota: susu ibu adalah terbaik untuk anda dan bayi!

susu kedua terbaik adalah, susu kambing! susu kambing juga adalah minuman sunnah, ia baik untuk bayi dan semua dalam keluarga. 

sebelum-sebelum ini, saya hanya familiar dengan susu kambing bila mana ada baby kena jaundice/ demam kuning masa baru lahir petuanya ialah minum susu kambing. itu saja khasiat yang dicanang dan saya tidak langsung terfikir untuk penyusuan bayi terus menerus dengan susu kambing. mungkin akhir-akhir ini produk susu kambing banyak dikomersilkan justeru dedahan infomasi lebih banyak (pada saya).


anak sulung, Aisyah, tiada alahan susu formula, cuma dia tidak suka susu formula kerana lebih suka susu ibu. agak susah nak kenalkan susu formula..Alhamdulillah, Aisyah boleh terima susu formula sebarang jenama.

anak kedua, Surayya, ada ekzema, punyalah susah, rupanya dia alah susu lembu. jadi kena minum susu soya. bayi soya ni memang hyper sensitif dengan makanan yang sebarangan. sementara surayya tolerate dengan solid food, saya bagi dia isomil, harganya boleh tahan. boleh defisit hujung bulan! Alhamdulillah, bila semakin membesar, alahannya makin berkurang...yang penting, jaga pemakanan,persekitaran dan kelembapan kulit dengan krim sapuan seperti elomate, momate juga petroleum jelly.

anak ke tiga, Rania, bila diberi susu lembu..dia minum, tapi tak sampai seminit semuanya keluar balik. test 2-3 produk juga sama. tak test susu soya sebab mahal kan..terus terfikir nak bagi susu kambing. khabarnya komposisi susu kambing adalah yang paling hampir dengan susu ibu!Alhamdulillah Rania dapat terima tanpa sebarang alahan!saya berfikir,kenapa anak pertama dan kedua dulu tidak terfikirkan susu kambing?mungkin rezeki Rania kali ini.

tak mahal ker susu kambing? mahunya tidak. di pasaran yang saya jumpa adalah susu import KariHome. tak penah beli sebab susah nak jumpa time kat kg. cuma jumpa Hi-goat (bukan promote ye, sebab kebetulan, produk itu je yang ada di farmasi di kg). tapi retail pricenya RM36, sekotak ada 15 sachet. 1 sachet dapat minum 2 kali (100ml x 2). 

Alhamdulillah, di ENSTEK--pasaraya Zemart, Hi-goat dijual dengan harga RM21.90 sekotak! apa lagi saya angkut 5 kotak sekali beli. sekarang Rania dah 6 bulan, dan saya sudah memperkenalkan makanan pejal untuk Rania.(untuk resepi makanan bayi, klik sini) jadi taklah laju sangat penyusuannya..heee

ada yang tanya, boleh ke bagi susu kambing pada baby?soalan yang sangat bagus. saya sendiri tanya pengusaha hi-goat pada satu kesempatan berjumpa. dia jawab..BOLEH, seawal 2 bulan usia baby! see? secara logiknya..jika seawal dua bulan baby kita dah bagi susu lembu, kenapa tidak susu kambing? kan?

saya surf mudah tentang khasiat susu kambing untuk bayi dan saya yakin, ada susu yang kedua terbaik selepas susu ibu, khas untuk Rania:


  1. Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.Oleh itu, susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik. 
  2. Susu kambing memerlukan 20 min untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2jam. Ini disebabkan susu kambing mempunyai molekul lemak yang 1/5 lebih kecil dari susu lembu. -penting untuk bayi
  3. Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pensakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  4. Susu kambing mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat faktor usia atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
  5. Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
  6. Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  7. Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit. -sangat sesuai untuk bayi
  8. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
  9. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. juga sangat sesuai untuk bayi
  10. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis)


Manfaat #1 : Manfaat Ibu Hamil

Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar.Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.


Manfaat #2 : Manfaat Ibu Menyusu


Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.


Manfaat #3 : Bayi dan Kanak-Kanak


Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.


Yang paling penting! susu kambing adalah minuman sunnah!

Amalan meminum susu merupakan salah satu sunnah Nabi SAW. Terdapat beberapa dalil yang menjelaskan perihal ini. Di antaranya sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam al-Tirmizi seperti berikut: Daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud: Ia melihat Rasulullah SAW berwudhuk (lagi) setelah memakan susu yang telah dipadatkan. (Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban). Daripada Anas RA yang bermaksud: Dengan gelas ini saya telah memberikan kepada Rasulullah SAW segala jenis minuman: air, anggur, madu dan susu. (Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Hakim).
Selain itu juga (bukan di dalam kitab Syamail Muhammadiyah), terdapat sebuah hadis yang agak panjang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Asim menceritakan bahawa Nabi SAW dan para sahabat meminum susu kambing ketika di dalam peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. 2. Hadis mengenai Nabi SAW memilih untuk meminum susu semasa peristiwa Israk dan Mikraj diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad. Namun kedua-dua hadis tersebut tidak menyatakan sama ada susu itu daripada kambing ataupun binatang lain

Namun Rasulullah adalah seorang penternak kambing, dan susu kambing adalah minuman yang sering baginda minum.Nabi SAW juga sangat gemar minum susu kambing dengan tamar (al-athyabin- dua yang terbaik).Apakah hikmah nabi membela kambing dan gemar minum susu kambing. mari kita singkap bersama-sama.

Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. Antara kebaikan lain susu kambing ialah:

1) Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan


2) Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu

3) Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu

4) Proses pencernaan susu kambing hanya 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam

5) Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik

6) Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-

  • Protein 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Fungsi Kalsium dalam susu kambing

Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda

sumber

 regards:
dr.rose on susu kambing untuk Rania
@
langkawi blaque villa homestay



          Langkawi Blaque Villa HomeStay
Welcome to Langkawi Blaque Villa HomeStay. It is strategically located in the radius of Cenang Beach, Langkawi. Surrounded by paddy fields, airport/MIEC, beaches and tourist hot spots, to make everything you need closed to you. We have 2 and 4 room homestay for your convenience +6012-310 6096, +6012-331 3020, bvlangkawi@gmail.com

Blaque Villa HomeStay Type
BV Type
Bed Type
Peak Season
Low Season
Extra mattress
Discount!> 2 nights
2 room
Double bed
X 2
150
150

No charge
(2 sets)
With Deposit
300
Full paid
280
4 room
Double bed
 X 4
300
300

600

560

Info/booking/reservation: +6012-310 6096, +6012-331 3020  email: bvlangkawi@gmail.com
 

Comments

  1. Salam puan...klu bg susu hi goat tu brape sukatannya?maaf tye sbb sy x pnh bg fm...tu yg xtau..tia

    ReplyDelete
  2. salam tia
    satu sachet higoat tu untuk 200ml air, kra segelas la. untuk baby 3 bulan dulu saya bahagikan satu sachet kpd 3 kali penyusuan. bila 6 bulan ke atas satu sachet 2 kali penyusuan (separuh sachet utk 100ml air), sekarang Rania dah 8 bulan, dah sekali bancuh dah...(1 sachet utk 200ml air)

    ReplyDelete
  3. Anak saya brumur 2bln. Susu bdn dh kurang. Sya trfikir nk bgi susu kambing kpada ank saya. Sblm nie rmai org bgtau trmasuk doktor yg susu kmbing nie pnas. Saya ada beli susu kmbing yg segar disimpan sperti susu ibu

    ReplyDelete
  4. Saya takut juga nk bgi susu kmbing. Susu saya dh berkurangan.

    ReplyDelete
  5. Dear Marlinalee
    dipasaran sekarang telah banyak produk untuk menambah supply susu ibu. puan boleh cuba tanda berusaha. secara peribadi, susu kambing amat hampir dengan komposisi susu ibu sebab tu naturenya dikatakan "panas" dan ia baik utk bayi. di barat pun mereka beri baby susu kambing/dengan harga yang mahal sebab proses dan khasiatnya. ramai yg beri susu lembu mungkin sebab faktor ekonomi juga dan ia popular di pasaran.yang penting, sebagai ibu, puan perlu yakin dan beri kautamaan kepada keprluan bayi puan. tiada paksaan..hanya perkongsian:)

    ReplyDelete
  6. Betul susu kambing mmg susu kedua terbaik slps susu ibu. Sy pun decide utk mnjadi stokis Susu kambing LENNOZA sbb dah jatuh cinta dgn rasa kelemakannye..dan nak jdkan minuman kami sekeluarga setiap hari.
    Kalau ada momies yg berminat nak try Lennoza gak..susu kambing plus Kurma, Kismis, Habbatus Sauda, Zaitun, Za'faran, Delima, Tin boleh Whatsapp / Telegram 0183793656 ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..