Hanya Untukmu Wanita : EPO

sumber

secara peribadi,untuk menjaga kesihatan, saya ada cara sendiri. bila masuk umur 3 series (3oan) agak terasa akan kualiti kesihatan yang kian menurun. mc pun kadang makin kerap.

amalan rutin saya ambil multi vitamin, tablet calcium dan folic acid.

EPO / evening primrose oil memang dah lama saya tahu. almaklum, terbaharu, makin banyak herba yang datang dengan seribu macam khasiat. setiap individu ada pilihan dengan keyakinan sendiri. tambahan bila ada pula yang menjual produk. sahlah akan dipromosi produk itu yang terbaik!itulah, kadang over promoted pun buat kita hilang minat walau produknya kadang memang berkualiti.
 
entah mimpi apa hari ni saya tergerak nak cuba EPO, khabarnya banyak khasiat untuk wanita...untuk cantik rohani jasmani, apa salahnya kita cuba, lagipun, tuntutan menjaga kesihatan dan kecantikan pun bukankah tuntutan agama sebab Islam itu sendiri sudah cantik dan cintakan kecantikan.

di bawah ada sedikit info khasiat EPO. saya akan cuba ambil dulu, selepas 2 minggu saya akan stroy lagi ye..

Apakah Evening Primerose Oil ?

Evening Primrose Oil merupakan punca khasiat semula jadi yang terkaya (selain dari susu ibu) bagi Asid Gamma Linoleik (GLA) pelopor Prostaglandin. Setiap sel dan organ di dalam tubuh manusia bergantung kepada Prostaglandin yang diperlukan oleh tubuh 24 jam sehari. Di England ia telah diberikan kepada wanita sejak 30 tahun yang lalu oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan. Ia juga merupakan minyak yang diekstrak dari biji pokok Oenothera biennis.




Kebaikan Minyak EPO untuk kesihatan dan kecantikan:
Minyak ini mempunyai begitu banyak khasiatnya kepada badan dan memberi impak kepada kesihatan. Ia mampu:
• Membantu melancarkan dan mengawalatur kitaran haid
• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
• Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
• Meningkatkan kesihatan kulit supaya sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
• Melegakan ekzema dan alergi kulit.
• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
• Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
• Menguatkan sistem imun badan
• Jurnal Perubatan New Zealand telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit





Sukatan yang dicadangkan
Bagi Penyakit Kulit – Ambil 6000mg Evening Primrose Oil setiap hari.
Bagi Simptom Pramenstural – Ambil 3000mg Evening Primrose Oil setiap hari
Makanan Tambahan – Ambil 1000 mg EPO setiap hari sudah memadai


EPO nie elok diamalkan untuk menghadapi hari-hari mendatang..terutamanya yang hampir menopouse. Makan lebih awal lagi baik bagi mengatasi simptom2 perubahan badan apabila usia semakin meningkat seperti:
• Simbahan rasa panas badan
• Pendarahan faraj yang tidak tetap
• Sakit2 otot
• Mudah marah
• Bulu baru tumbuh di muka ( perubahan hormon dalam badan)
• Kurang dorongan seks
• Rasa diri tidak dicintai
• Faraj menjadi kering
• Sakit2 belakang dan sendi
• Susah tidur malam
• Keletihan luar biasa
• Berpeluh pada waktu malam
• Sakit ketika hubungan seks

salam sihat dan cantik juga indah akhlaknya
Dr. Rose

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..