DNC under sedation




Selepas hantar Iman dan yaya ke sekolah dan Rania ke rumah pengasuh, encik suami terus ke azzahrah. Appointment d+c saya 11 pagi dan diminta berpuasa. 9 pagi saya dah check in wad. Tukar pakaian dan dipasang benda apa tah kat tangan/untuk suntik ubat dsb. Saya rehat (dengan surfing lappy..heee wifi azzahrah boleh tahan tapi social network semua di blok..huu), jadi saya buat keje yang lebih formal sambil google apa itu d+c konon sebagai mental preparation..

Lama juga tunggu, nurse jemput saya dengan wheel chair untuk buat ultrasound di klinik O&G. klinik ramai sangat patients macam biasa . orang ramai macam curious tgk saya yang beruniform hospital dan disorong kerusi roda, saya redah je crowd itu dan bila jumpa doktor Fazlina, dia dah senyum-senyum….saya lama kenal doktor faz, baik orangnya..3 puteri saya, dr.faz yang sambut…

Dr.faz pasti maklum rekod saya, kami bincang sikit dan buat ultrasound. Sambil berseloroh dr.faz usik saya ..

Rose ter accident ye?

Saya senyum….

Saya lahirkan rania bulan 9,bulan 11 dan 12 dah period semula, so 3o dec adalah last period saya justeru baby yang abort berusia around 8 weeks.

Tentang accident atau tak..nanti kita story di post yang lain..huuuuu…ada stigma bila sebut bab accident ni. Accident ni difahami sebagai kehamilan yang tidak sengaja..nanti kita cita…

Dr.faz scan dan tengok banyak lagi remains dalam uterus dan decide untuk proceed d+c.
Awal time check in tadi saya dah disuntik ubat, apa tah, tak sempat study. Tunggu punya tunggu nurse tak mention apa-apa, hingga saya habis buat kerja di lappy and caj semula bateri!rupanya dr.faz bz di klinik dan lab memang penuh.

At last 3.30 nurse jemput lagi dengan wheel chair, kali ni terus ke lab. Lab sama yang saya bersalin rania hampir 5 bulan lalu. Saya diberi sedikit arahan untuk clearkan apa yang patut dan baring. Sempat bersalam dgn dr.faz dan dia bagi saya sedative satu dos. Dia pesan if rasa mengantuk,, tidur dan jangan lawan perasaan tu. Dr.mention lagi, now is 3.30, nanti 5.30 atau 6.30  if rose tak pening boleh balik ok?

Itu the last word saya ingat. Bila sedar, saya dah berada di katil wad dan encik suami dah ada di sisi!eh?saya lost memory apa yang terjadi lepas dr.faz cakap di lab tadi. Tup tup dah setel..hahahha Jadi…ketakutan yang dimomokkan tentang D&C tidak saya rasai. Tak sakit dan tak rasa apa-apa, bleeding ada sikit dan pening sebab sedatif, mungkin..

mungkin juga sebab saya d+c under sedation sebab tempoh keguguran dah lebih 24jam, jadi kena bagi sedative sebab rahim pun dah mengecut. Mungkin jika d+c immediate selepas gugur, rahim masih kembang, lebih mudah d+c berlaku, mungkin dilakukan mentah tanpa sedative dan mungkinlah sakit kan?

Yang pasti,Alhamdulillah, uterus telah dibersihkan..dan sekarang perlu rehat….
Saya sedikit pening dan berbaring sambil encik suami bersama yaya dan rania uruskan dokumen utk saya discaj. Nurse beri surat mc 10 hari beserta multi vitamin dan ponston. Dapat juga surat warded sehari juga kad appointment follow up seminggu berikutnya. Bila selesai urusan discaj, Encik suami drive us home…

Di rumah saya terus tidur,   kenapa macam letih sangat. Hari ini hari kedua saya di d+c. rehat di rumah dan telefon bonda bertanyakan perihal pantang orang keguguran. …bonda pun memberi tip mudah berpantang..rehat dan jangan makan bukan-bukan! 

Nanti kita story tentang cara berpantang keguguran, khabarnya lebih rigid compared to bersalin. Emm macam mana tu…

 salam DNC dari roselangkawi

Comments

  1. Alhamdulillah semua nya dah selesai.. Ambil peluang ni rehatkan badan betul2 ye sis

    ReplyDelete
  2. salam, thanx sis dearie, dah habis rehat and its time for ofis now..huuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..