D & C dan Kehilangan..





D&C dan menerima kehilangan

Kata orang, kalau dah rezeki tak kan kemana, tapi kalau dah bukan rezeki, redho sajalah. Jika DIA memberi rezeki, Alhamdulillah. Kandungan berusia 7 minggu diambil kembali olehNya. Pasti itu yang terbaik dan saya redho. 

Selepas seminggu bed rest, bleeding nampak berhenti tapi tenghari jumaat itu, rasa nak buang air kecil, dan kandungan itu jatuh juga. Siapa tak berderai air mata. Rahim terasa sangat akan kekosongan….saya yakin, ia dah pergi, lantas saya rangkul Yaasin dan baca sepuas hati. Encik suami yang dimaklumi pun sebak dan minta saya bersabar,,ya kami bersabar..

Terasa pengalaman bersama janin 7 minggu amat bermakna, sempat merasa sedikit morning sickness dan mengidam. Saya lalui 7 minggu itu seperti biasa saya hamil untuk 3 puteri terdahulu. Tak memikirkan kenapa terjadi begitu sebab bermacam “WHY” ada di kepala, namun saya letak percaya hanya pada “DIA” dan saya lega.

Saya sedih dan menangis..dan bersyukur, setidaknya saya telah dianugerahkan 3 puteri yang comel. Saya dapat faham bagaimana perasaan bila kehilangan itu datang. Bayangkan kandungan itu yang pertama dan lama dinanti, tiba-tiba dijemput kembali. Ramai wanita yang alami depression dan stress pasti!namun atas apa jua alasan saya pasti takkan faham, bagaimana ada pula segelintir yang sengaja tidak menginginkan baby dan ada yang tergamak membuangnya macam sampah. Sungguh terkutuk manusia sebegitu!

Dengan kehilangan ini, saya lebih yakini kuasaNYA. Subhanallah, darah yang mengalir keluar itu sahaja telah menggambarkan betapa hebatnya kuasa DIA memelihara janin dalam rahim ibu. Darahnya pekat lebat, bertali dan berkomposisi mengggambarkan nutrient yang DIA bekalkan kepada janin. DIA yang memberi, DIA yang mengambil, saya redho. Proses ini sahaja bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Ianya priceless! 

Saya dengar ada sahabat yang inginkan zuriat, melalui prosedur IVF (invitro fertilization) ada yang dikata bayi tabung uji. Prosedur  ini melibatkan persenyawaan  di luar rahim dan dimasukkan kembali ke rahim ibu. kosnya mencapai puluhan ribu ringgit! Bayi pramatang yang lahir sebelum waktu dan dirawat dalam balang sahaja pun kosnya begitu! Bercakap tentang kos lagi, bayaran untuk saya D & C sahaja sudah mencecah 1k!Proses yang mungkin kita nampak mudah dimata sebenarnya adalah tidak ternilai harganya bukan?pasti, kurniaanNya adalah bernilai hebat  dariNya jua yang Maha Hebat!sungguh saya bersyukur!

Pagi yang berbahgia ini, saya di wad, akan di D&C. Kehilangan itu telah pasti dan saya perlu redho dan berusaha. Menerima kehilangan juga bukan suatu perkara mudah. Yang pasti saya telah belajar menerima sebuah kehilangan, mensyukuri dan menghargai apa yang masih ada.  Sungguh!jika DIA berkehendak, pasti DIA akan memberi lagi rezeki yang tidak kita sangka!Allahu Akbar!

Comments

  1. Replies
    1. terima kasih, Doa didatangkan dengan rezeki yang lebih baik, amin!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..