Bila lauk sudah tidak lagi sedap..





Anakanda dah makan ke…?
bonda masak gulai kerapu favourite anakanda..
masih panas dan baru je bonda hidangkan sebab tahu anakanda akan balik…

nasi dalam rice cooker juga masih panas
memang acap kali, gulai kerapu yang selalu dinanti
konon kalau tak dapat, tak ada selera nak makan
si anak diam, selesaikan urusan urus diri..buka stoking dan panjat anak tangga ke atas
dah kenyang! dah makan tadi!jawab si anak sepatah
bonda terdiam..

mungkin dia penat dan agaknya makan di luar tadi lepas waktu kerja dengan kawan-kawan
fikir hati seorang ibu..
gulai dihidang, disimpan kembali
memang sudah tiada sesiapa yang akan jamah

***

Kenapa gulai ni tak sedap? Protes si anak
Kenapa anakanda? Tanya si ibu
Apa yang tak rasa? Garam ke kurang atau asam? Tanya si ibu lagi
Mak masak macam biasa saja..
Mungkin mak terlupa letak garam…tambah siibu merasionalkan..
(masakan tangan siibu yang sudah berpuluh tahun masak gulai bisa terlupa letak garam? Jika terlupa pun, pasti akan sedap juga dek berkat air tangan itu…)

***

Di mana mak tangkap ikan ni? Tanya si anak
Kenapa nak? Biasalah, di pulau Tepur atau mungkin Pulau Rebak Selat senari
(bonda memang pancing sendiri ikan sekadar hobi)
Hanyir betul ikan ni! Gertak si anak
Dah sudah…dulu complain itu ini
Sekarang sampai tahap complain ikan dah hanyir
Ini sudah di kira sangat kritikal!
Dulu time makan gulai kerapu itu jugalah, tidak pula rasa hanyir ya?

Kenapa sekarang sudah kenyang, tidak sedap dan ikan sudah terasa hanyir?
Begitulah…
Bila lauk sudah tidak lagi sedap…
Sedih hati seorang ibu
Tangan itu yang membesarkan, memancing dan menanak gulai
Tangan itu juga yang mengesat air mata
Dek lauk yang sudah tidak lagi sedap…


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..