Alahai Brooch...





Saya, wanita seperti wanita lain juga, memang suka brooch, kerongsang kata orang Melayu. Kadang punyalah minat dengan brooch, beli yang macam-macam jenis. Padahal bukan ada keperluan pun. Brooch sedia ada pun dah memang banyak. Kadang tu, sampai dah jadi macam brooch pakai buang pulak. Iyelah, ada yang masuk dalam washing machine, terjatuh la, batu tercabutlah, pin tercabut , anak-anak dara di rumah rembat lah dan macam-macam. 


Bila dah beranak kecik ni, susah sikit nak melawa dengan brooch yang bling bling. Saya gemar kenakan selendang pada kebanyakan masa. Brooch dipakai merata. Dah macam susuk, gurau je. Di bawah dagu, kiri kanan bahu, ditepi pipi, atas kepala pun ada brooch lagi, bila undone je, boleh kata mahu secekak brooch yang dipakai!keadaan ini pun biasanya terjadi waktu masuk kerja atau ke majlis formal atau keluar-keluar rumah saja. Bila di rumah, pakai tudung ready made saja, selesa habis.


Biasanya yang brooch vogue ni materialnya mesti macam metal like gitu. Alamatnya bukan takut si kecil rania tertarik atau tercabut dek kilauannya. Lebih tragis bila dukung rania, mukanya tersagat di brooch. Boleh cedera dibuatnya. Saya sendiri perasan, saya juga kurang dah memakai aksesori; gelang, cincin dsb kerana risaunya anak kecil. Untuk gelang, saya Cuma pakai gelang dari mutiara sabah, ianya bulat dan selamat untuk baby, kalau tersangkut, taklah luka. Untuk brooch, saya pun kena tukar sikit selera brooch saya.


Instead of pakai metal like brooch dan permata bagai, saya sekarang dah start cari brooch dari material fabrik. Lembut gitu. Taklah tersagat muka baby bila mendukungnya. Brooch dari material fabrik ni memang banyak. Ada bentuk bunga, daun, kartun, riben dan macam-macam.



Alkisah, dalam pencarian brooch fabrik ni, terjumpalah sejenis, berbentuk bunga rose seketul. Sedikit timbul motifnya tapi masih selamat untuk bayi, tak tercederala bila terkena. Memang cantik!


Pilih kak…kata tauke booth

Berapa ni..tanya saya

4 sepuluh ..boleh campur katanya

Saya ambil 4! (tengok tu, agak-agaklah rose..)

2 warna merah pekat, satu merah terang dan satu yang comel bermanik untuk iman..ceewah cover line


Punyalah hepi. Tak pasti sebab dapat cari brooch yang selamat untuk rania atau hepi dapat tambah koleksi brooch..hahaha

Pakai 2, 3 kali, alamak, pin sudah tercabut da..

Asalnya pin tu digam di brooch bunga..belum apa apa sudah tertanggal



Mana nak cari gam tembak tu, gam UHU tahan ke…bisik saya

Last-last dapat idea untuk selamatkan brooch tu dengan menjahit pin tadi ke brooch bunga. Bukankah ianya fabrik? Jadi,,boleh saja dijahit, lagi kukuh!


Buat cerita lagi, saya menjengah ke kedai pengantin ZC di Nilai 3, cari barang hantaran adik. Terjumpalah pulak bunga rose brooch itu…rupanya bunga rose tu dah ada yang ready made, sebungkus/sedozen hanya RM6 gitu..Cuma beli je pin dan gam/jahitkan! wah3x…untung2…


Saya ambil bunga rose sepeket dan cari pin yang sesuai, saya cadang nak jahit sendiri nanti. Dah beli juga gam tembak tu untuk kegunaan buat hantaran. Nanti lepas saya jahit brooch tu, saya gam lagi atasnya, mesti lagi kukuh bukan? Nah! Saya akan jual lagi murah! 5 untuk RM10! Untuk permulaan saya buat untuk kegunaan sendiri dululah, save bajet kan? (tutorial saya pasang brooch rose satin di sini)


Cuma sekarang ni, faktor masa lah..brooch masih di situ, harap ada masa lapang untuk jalankan projek ini nanti. No wonder ada sahabat yang minat dan tekun, boleh kencang bisness brooch. Asal di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Tabik untuk semua wanita hebat di luar sana..



Salam manis

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..