Mengejar umur...




Takut saya nak maklumkan bonda akan kehamilan kali ni sebab bonda dah warn manja time jaga saya berpantang sedikit masa lalu.

Dah la 3 org,,cukuplah..
Penat aku tengok,,dok muntah sampai 9 bulan…
Kata bonda….

Memang jika diingatkan time preggy dulu saya memang alah teruk. Mungkin ke 3-3 baby saya adalah perempuan. Kata orang mengandung anak perempuan memang begitu.macam kate middleton, sampai masuk wad! Dijangka anak perempuan lah tu..

Tapi biasalah wanita, time preggy dan bersalin memang akan cakap tak nak dah, tapi bila dah senggang sikit, teringin pula….heheh, naluri kurniaan Allah khas untuk wanita. Jika diberi rezeki dariNya, pasti disertaNYA  kekuatan ye tak?

Bonda dulu kawin awal, so dalam umur 29 bonda dah stop beranak sedang saya umur 29 baru nak mula!28 saya berjodohan dengan encik suami dan 29 saya preggy anak sulung, 31 anak kedua dan 34 anak ke3. Tahun ni 36 ada rezeki anak ke4!

Tersenyum dalam suspen jugak time ke klinik dengan encik suami 3 hari lepas sebab bleeding .bila di kaunter farmasi si pharmacist bertanya: pregnant ye, saya senyum, anak ke berapa? Anak ke 4 insyaAllah saya menjawab. Ingatkan anak sulung! Jawab beliau. Thank you, I take that as a compliment.mungkin kami nampak muka budak-budak dan tak bawa anak-anak lain bersama ketika itu.

Cepat pula rezeki kali ni, manakan tidak, saya mengejar umur!perempuan bila berumur lebih 34 sebenarnya lebih berisiko mengandung.  Memang ada perbincangan dengan encik suami untuk menambah zuriat jika ada rezeki. Tak sangka cepat pula. Segan nak bagitau bonda, takut dia marah. Tapi bila saya maklumkan, dia minta saya rehat..alhamdulillah..

Semua nak dikejar, tesis phd saya masih belum submit, urusan rutin harian juga banyak, sekarang dah bed rest pulak sebab bleeding. Saya paksa diri untuk rehat walau di kepala banyak benda bersawang. Untuk kebaikan saya redho dan percaya, ini semua janji Allah dan pasti Dia sediakan JalanNya..amin ya Rabb.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..