B.L.E.E.D and C.R.I.B


credit goes to http://denuanza-home-baked.blogspot.com/


C.R.I.B stands for complete rest in bed. Biasa dengar sahabat yang alami placenta previa dan bleeding buat benda ni. Now is my turn!pada minggu ke 7 pregnancy, saya alami bleeding. Siapa tidak paniK lantas saya ajak encik suami ke klinik.

 Berderai airmata bila doktor mengungkapkan terma threaten miscarriage/abortion!bila di ultrasound kantung janin is in place and stay put buat saya sedikit lega.doktor minta saya banyak bersabar dan doa. 2 minggu lagi doktor set appointment untuk lihat development progress. jika positif Alhamdulillah, dan jika tidak, doktor akan turunkan kandungan.huuuu. doktor beri saya ubat penguat janin/Duphaston dan bagi mc sehari untuk rehat. Cuak dihati dan terus mesej sahabat yang berpengalaman bertanyakan pendapat/pengalaman. Sahabat mencadangkan:

1- complete rest in bed-saya minta penjelasan, how and for how long? Sahabat bagitau selama mungkin yang perlu, anda perlu berada di katil!kalau boleh, tinggikan kaki ke dinding! Saya tinggikan tapi tidaklah sampai ke dinding dengan fahaman, pergerakan akan memberi kesan pada baby.

2-avoid house chores in any mean!adui..dahla baby saya 5 bulan, sabar je tak angkat dia, kain di jemuran, sepah di lantai..berbulu je mata menengok. Sabar….

3-ambil medication jika diberi…saya makan ubat/duphaston 2 tablet 3x sehari..tapi flow masih lebat. Berderai air mata bila encik suami bertanya khabar dan saya bagitau sakit dah kurang Cuma masih bleeding. Lega sedkit bila adik ipar yang dah pernah makan ubat tu bagitau ia agak mengambil masa. 

Alhamdulillah, harini hari ke 3 saya bed rest and on medication. Flow nampak berkurang, sakit pun sedikit menyusut tapi saya masih dalam mode berjaga-jaga. Namun curi-curi juga tanak nasi/rice cooker dan tekan punat washing machine pagi tadi dengan bismillah dan selawat panjang!

Minta tolong encik suami malam tadi untuk on broadband dan laptop untuk surfing. Info yang saya dapat hampir setara!kata encik google, bleeding pada trimester pertama adalah agak normal dan hampir separuh dapat meneruskan kehamilan, amin!treatment yang dicadangkan juga sama, CRIB!COMPLETE REST IN BED dan minimakan aktiviti.

Pertama kali saya rasa suspen sangat. Berjalan pun teragak-agak, biasanya bila melahirkan pun, saya jalan agak laju, mengenangkan orang di dalam dah keluar. Kali ni, mengenangkan orang dalam masih di dalam..itu yang cuak dan berhati-hati. Moga Allah memeliharamu dan menjauhkanmu dari syaitan yang direjam anakku..amin!

Saya berdoa moga saya dapat teruskan kehamilan ini dengan selamat. Progress setakat ini positif dan mudah mudahan janin dapat berkembang dengan elok. Saya solat seperti biasa, Cuma tukar pad yang bersih selepas angkat wudhuk. Saya solat duduk dan bacakan yaasin sebagai terapi doa untuk baby dan saya sendiri. Doakan kami duhai sahabat….
 
roses in red......

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..