Anak Kedua ada Sindrom??

surayya dan acik

Tergelak saya mengingatkan sedikit masa lalu tika hadir majlis aqiqah anak sahabat baik suami yang kebetulan ada ramai / atau semua anaknya perempuan.

maaflah zif..kata sahabat kepada suami (razif)
anak aku ni lain sikit..sentimental, sensitif dan semualah! semuanya kena sabar dan berlembut..
tambahnya lagi...

saya tersenyum memikirkan biasalah, membesarkan anak-anak memang begitu
yang best lagi, sahabat itu menambah..
biasalah, anak kedua la katakan..
sambil merujuk anaknya tadi sebagai anak kedua
iyelah...anak kedua ni lain sikit
tegasnya bersungguh..
iye ke ...
espon encik suami sambil tersenyum

(saya dah rasa makna aura senyum encik suami tu)
kau takde sorang kat rumah?
tanya sahabat itu kepada encik suami
...saya dah mula tambah senyum kambing

ada!
jawab suami yakin
sahabat keliru sebab kami ketika itu hanya ada seorang anak
mukanya pelik meminta penjelasan

ni ha anak kedua!
encik suami arahkan pada saya
saya dah agak fikirannya begitu
tidaklah saya ambil hati
saya faham dia bergurau

terfikir juga, aku macam tu ke?
bermasalah ye?
setakat ingatan peribadi, flawless..
manada problem..
atau saya cuba cover diri sendiri?

bila ada Surayya selepas Aisyah dan Rania selepas Surayya
saya tidak dapat lari dari memikirkan sindrom anak kedua pada surayya
tidaklah pula saya membiarkan diri dikawal pemikiran
bahawa anak kedua ada sindrom..
tetapi jika diperhatikan
ada juga kebenarnnya daripada beberapa segi...

surayya memeng unik lagi funtastik tingkahnya
namun emosinya amat lembut
fizikalnya macam lasak tapi perasaannya halus
susah juga dikawal sebab kadang dia seolah tidak dengar cakap
mungkin juga dia nak perhatian
sebab tu dia suka buat mama attend dia lebih
masalahnya, mama akan melentinglah...
 atau dah jadi peperangan antara dua orang anak kedua
sindrom dah jadi dua!
kata orang, panas! tak boleh dekat
selalu saya merajuk dengan surayya
kadang saya pula yang keanak-anakan
dan diperbudakkan oleh surayya...

ada pelbagai pendapat tentang keadaan anak kedua, kita selalu dengar, emmm biasalah, anak kedua kan...apa maknanya? di sini ada sedikit rasional... 

aseer dan surayya

ZAKARIA SUNGIB
(Dari arkib AKAR: Dipetik dari majalah Anis, 2005)
Ramai ibu bapa tidak memahami kelainan anak kedua, lalu menghadapi masalah untuk menanganinya.
Bagaimana cara hendak berdepan dengan anak lelaki yang sudah remaja tetapi susah hendak mendengar cakap? Anak ini anak kedua dalam keluarga. Soalan ini diajukan oleh seorang ibu dalam satu program keibubapaan yang dikendalikan oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.
Menurut pakar motivasi ini, masalah tersebut ada kaitan dengan apa yang dinamakan ‘The Second Child Syndrome’ atau sindrom anak kedua. Anak kedua lazimnya anak yang sukar difahami. Anak yang suka bebas dan suka berdikari. Dengan erti kata lain, tidak gemar dikongkong.
Berdasarkan pengalamannya, daripada seribu remaja yang pernah dikaunseling, 60 peratus adalah anak kedua.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna anak kedua memang selalu bermasalah. Ia berkait rapat juga dengan cara ibu bapa mendidik dan menangani anak ini sejak dia kecil hingga usia remaja.
“Anak kedua paling rasa terbiar apabila dapat adik,” ujar Dato’ Dr. Fadzilah. Anak sulung memang selalu mendapat perhatian tetapi anak kedua duduk di tengah-tengah. Ini memperngaruhi perwatakannya apabila rasa terbiar itu tidak diendahkan oleh ibu bapa.
Ibu yang bertanyakan pandangan tadi berkata, anak keduanya sudah habis belajar tetapi belum mahu mencari pekerjaan. Sudah disuruh tapi dia tidak mahu. Alasannya, bapa tidak belikan dia motosikal. Jadi dia beri syarat, kalau mahu dia bekerja, belikan dia motosikal supaya mudah berulang-alik ke tempat kerja.
Dato’ Dr. Fadzilah berkata, adalah penting bagi ibu bapa memahami hakikat kelainan anak kedua untuk menangani permasalahannya.
“Bagi anak lelaki, kena berbincang tetapi jangan secara berhadapan atau bersetentang. Jika emak bincang secara berdepan dengan anak lelaki, dia akan melawan. Peluklah bahunya dari tepi dan kita nasihat dia dengan tidak menaikkan suara,” beliau memberi petua.
Menurutnya, anak yang bijak kadang-kadang tidak mendengar cakap ibu bapa. “Bincang dan terangkan dengan sebab-sebab yang jelas supaya dia boleh terima, terutama kepada anak lelaki. Anak lelaki, kita kena terangkan kenapa, kenapa, kenapa, kenapa... Insya-Allah dia akan dengar.”
Yang penting katanya, didiklah anak yang sudah remaja ini secara berkawan. Dekati dia dan fahami jiwanya. Hormati pandangan dan permintaan anak, asalkan ia munasabah. Apabila ibu bapa memenuhi permintaan anak ini, seperti membelikannya motosikal, berilah syarat. Misalnya, awal-awal lagi kita beri syarat agar dia tidak pandu laju-laju, tidak lumba haram, gunakan motor untuk perkara yang baik-baik dan sebagainya. Kemudian bila dia sudah bekerja, suruhlah dia bayar ansuran motor itu.
Dato’ Dr. Fadzilah berkata, anak remaja perlu diberikan kebebasan tetapi dalam masa yang sama perlu selalu dipesan dan diperhati kalau-kalau tergelincir. “Paling baik nasihatkan sebelum tidur malam. Pesan tiap-tiap malam sambil peluk dia.”
Pesanan kepada anak pula mesti jelas dan lengkap. Ramai anak tidak dengar cakap mungkin kerana ibu bapa tidak berpesan kepada mereka secara jelas dan lengkap.
“Ramai ibu bapa selalu pesan kepada anak perempuan yang hendak keluar rumah, jaga diri baik-baik. Tetapi kepada lelaki tidak dipesan. Jadi ibu bapa kena pesan juga kepada anak lelaki.”
Namun pesanan seperti “Jaga diri baik-baik” atau “Naik motor baik-baik” tidak cukup jelas maksudnya dan tidak lengkap. Ia terlalu umum dan tidak ada ‘gambar’ atau visualnya di minda anak. Contoh pesanan yang jelas dan lengkap adalah: “Nak naik motor tu baca doa” (di samping kita ajarkan dia doa naik kenderaan) atau “Bawa motor jangan lebih 60km sejam.”
Begitu juga pesanan seperti “Jangan balik lewat-lewat”, ia terlalu umum dan tidak lengkap. Pesanan yang jelas dan lengkap adalah, “Balik awal sikit, jangan lebih pukul sepuluh malam.”
Menurut Dato’ Dr. Fadzilah, pesanan yang jelas dan lengkap begini lebih berkesan kerana ada ‘gambar’ yang terpahat di minda anak.
Menangani anak kedua yang bermasalah juga memerlukan kesabaran dan jangan sekali-kali berputus asa atau ‘give up’. “Ramai ibu bapa yang boleh sabar terhadap anak orang tetapi kurang sabar terhadap anak sendiri.”

Berlaku kerana kehamilan tak dirancang
- Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi

" Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik," Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat

"Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan.

"Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia.

"Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan.

Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak.

Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor menyumbang kepada perasaan tertekan si isteri.
aseer, aisyah, surayya dan rania

Anak Kedua Lebih Fleksibel
- Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

"Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. 

untuk kes surayya, saya bersetuju dengan Dr HM Tuah, Surayya secara fizikal memang tough budaknya, kuat makan, tersangat objektif orangnya, bijak dan cepat belajar. cuma dia kadang macam agak keras tingkahnya yang pasti inginkan kelembutan dalam meangani situasinya.saya kadang kurang sabar bila handle kes surayya..kadang beristigfar panjang dan dia tahu saya sedang bermasalah..tips untuk handle anak kedua: berlembut dan sabar banyak-banyak juga doakan dia selalu...

above all, saya setuju dengan pendapat ummu amar...

...Bagi saya, mahupun ibu-ibu lain di dunia ini, kasih sayang pada anak-anak adalah sama rata. Tiada beza walau sedikit pun. Setiap anak ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing.

salam sayang untuk surayya anak keduaku...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..