2/3

http://denuanza-home-baked.blogspot.com/


alahai..
inilah masalah 2/3.mulut saya bising bila kancil emas saya yang membawa iman, yaya dan rania bergegar bila tayar menyentuh batu kerikil besar atas jalan. saya kira jalan ni di tebuk sana sini untuk di tar semula.

2/3? tanya iman.
ha sudah, itu iman sudah bersuara..saya bisik pelan-pelan. yang kau sebut 2/3 tu kenapa?taula awak tu pensyarah kenegaraan. ah..saya fikir, kalau mulut saya sebut pilihanraya tadi, mungkin iman lebih faham...ye ke, faham ke dia pilihanraya tu apa? dah...kena explain pulak...saya bisik

2/3 tu apa mama?
tu pecahan saya jawab, , pecahan? pecah?
iye pecah! saya jawab nak tak nak
nantilah kakak besar nanti kakak faham

tula mama, kalau kakak tanya, suma nak kena tunggu kakak besar! 
iman dah protes!
okeylah,,,2/3 tu pecahan..
pecah ye mama? 
bolehlah pecah, pecah pun pecahlah..

ha macam ni, mama ada sebiji kek (biasalah, kek slalu jadi mangsa). mama potong sehiris je. mama makan. yang lebih tu mama bagi kakak. 
eh banyak tu mama! tambah iman. 
haaaa yang kakak dapat tu kita panggil 2/3! 
abis yang mama makan tu apa?
1/3 la ...saya jawab...haaaa teror tak saya?

iman berjaya faham konsep 2/3! selamat saya!
iman tambah lagi..adussssss
abis, apa kene mengena 2/3 dengan jalan ni mama?
sudah kuagak soalan ini akan keluar..macamana nak jawab??

(sebenarnya saya mengomel bab musim PRU dah dekat, that is why soal 2/3 tu keluar, ialah, musim-musim beginilah jalan diturap sana sini oleh pihak yang dah menang 2/3 untuk dapat lagi 2/3 pada PRU kali ni)

haaaa...takkan nak cita macam tu kat iman? 
saya pun mulakan juga kuliah politik petang tu untuk iman (7 tahun).

kakak tau tak sapa buat jalan ni? saya tanya
kerajaan!
sepatah iman jawab! wah hebat pengetahuannya!dakyah TV la ni..
lagi-lagi saya salahkan tv

ok...kerajaan yang buat jalan ni. dia la yang makan kek 2/3 tu...
oooooooooooooooo...jawab iman
abes? tanya iman tak puas hati

jalan kan dah rosak, kek 2/3 tu pun dah habis..
jadi kek tu sedap, soooo dia nak lah lagi kek yang lain pulak
dia nak lagi kek 2/3 tu
oooooooo...entah iman faham ke tidak...

nape 1/3 dan 2/3 pulak
dapat sebiji kek terus kan senang?kata iman
eh tak boleh la...kena kongsi..kata saya
kongsi sorang dpt sikit, sorang dapat banyak, tak adil la kata iman...
memang betul,,abes mama makan sikit, kakak makan banyak adil ke?
tanya saya
adil, sebab kakak bagi sikit kat yaya dan rania
hahahahha saya terkena......

takpe, nanti kakak belajar tentang demokrasi ok?
demokrasi??????tanya iman!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..