Posts

Showing posts from January, 2013

Ku Pinangmu Dengan Bismillah...

Image
macam tajuk drama
tapi bukan..
nak cerita tentang naluri seorang ibu
sejujurnya..baby Rania baru menjengah 4 bulan
makin comel!
sungguh! ia penenang jiwa
lepas penat bekerja
nikmat Allah ini memang memberi lega

baby baru laki ke pompuan?
soalan tipikal orang bertanya
saat ketahu akan kelahiran
alhamdulillah..perempuan jawab saya
perempuan lagi?
(saya ada 3 orang anak perempuan)
macam nak tanya balik
kenapa?
tak boleh ke perempuan?
Alhamdulillah...saya jawab tenang
rezeki Allah, saya terima

mengenang susah payah membawa Rania
saat hamil dulu
Perempuan pun saya redho
encik suami pun gembira

haa kena beranak lagi ni
biar dapat boy pulak
kata suara-suara lagi
amboi...
macamlah rezeki di tangan dia
bisik hati saya

Rezeki Dia yang tentukan
tentuNYa Dia Maha bijaksana
bila Dia beri perempuan
tentunya itu yang saya PERLU
walau lelaki yang saya MAHU
tak gitu?

patutnya saya bersyukur sampai ke bintang
ada zuriat untuk dipandang
sebab ada sahabat masih menunggu untuk menimang
pastinya redho Al…

Harum Bunga Selawat...

Image
Assalamualaikum.

Sebelum kita melihat Kelebihan Selawat ke atas Nabi SAW, kita fahami dahulu makna perkataan selawat ini.

Makna perkataan: “Selawat”. Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.


Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].



Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia meng…

Ya Habibie ya Maulana

Image
Kebesaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang Diberikan Allah s.w.t.

baby's road to independance.

Image

Bantuan Allah itu Dekat!

Image
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." [Al Baqarah:214]

LIMA kunci untuk dapat bantuan ALLAH

1.Pertama.

Mencintai Masjid.Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.  

2.Kedua.

Solat Tahajud.Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan allah.

3.Ketiga…

Doakan Orang Yang Dicintai...

Image
Bismillahirrohmanirrohiim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Firman Allah swt;
"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu." [40:60]
---------------------
Ummu Darda' meriwayatkan bahawa pada suatu malam, ketika Abu Darda' radiallahu anh sedang solat, dia menangis sambil berdoa: "Ya Allah, Engkau telah memperbaguskan bentukku, maka perbaguskanlah akhlakku." Doa tersebut diulang-ulang sehingga pagi hari. Lalu Ummu Darda' pun bertanya; 
"Mengapa doamu sejak semalam hanya meminta dibaguskan akhlak sahaja?"

"Wahai Ummu Darda', apabila akhlak seorang Muslim baik maka kebaikan akhlaknya akan memasukkannya ke dalam Jannah. Namun, apabila akhlaknya buruk, maka keburukan akhlaknya akan memasukkannya ke dalam Naar (neraka). Dan seorang Muslim pasti akan diampuni dosanya meski dia tidur." jawab Abu Darda'. "Bagaimana hal itu boleh berlaku?" tanya Ummu Darda'. "Kerana saudaranya bang…