Sorry Smokers!I have To Say NO!


nota: apologi kepada semua perokok!

bila tengok iklan di tv
ala iklan  yang suh kita say NO kepada asap rokok tu
 iklan yang bawa 2 jari ke bibir dan goyangkan di udara ke kiri dan ke kanan
ingat?
ye iklan tu la

apa yang saya fikirkan
boleh ke buat macam tu?
silap-silap kene tempeleng dengan perokok tu

zaman sekarang ni bukan boleh main
silap tegur, kena parang pun ada!

manada orang tak merokok sekarang ni!

terngiang tawa abang kandung saya
bila sedikit masa lalu
saya berkata..
saya takkan kahwin dengan perokok

alamat tak kawin lah hang...
tambah abang lagi

alhamdullillah,,
doa saya dimakbulkan
encik suami tidak merokok
seluruh keluarga saya juga tidak merokok

mengapa benci rokok?
sudah terang lagi bersuluh
hukum merokok adalah haram!
(lihat info lanjut tentang kenapa rokok haram)
so, i have to say no right?

semalam..
ketidaksukaan saya pada asap rokok dan perokok terkeluar juga
saya hormat pilihan perokok untuk merokok
okey, itu hak anda, saya tak masuk campur

tapi bila merokok dan menyusahkan orang
tu yang buat saya rimas
kadang bila di khalayak
walau mulut tak menyebut
saya zahirkan juga body language
pada saya perokok ni tak respect orang lain


minta izin untuk saya bawa tour ke BV
nak tengok dulu keadaan BV
sebelum menyewa

bila saya mendahului 
pasangan suami isteri mengikuti saya dari belakang
bila perasan akan sang suami yang merokok
dan ikut saya masuk BV
saya tahan nafas dan...

minta maaf encik..
kalau boleh minta tolong encik jangan merokok dalam rumah ye..
guest saya bising bila rumah busuk asap rokok nanti!

dalam hati..eee kalau guest ni tak jadi sewa BV
ni mesti dek mulut saya yang bersuara

ah..tetapkan hati saya..takpe,,biar tak dapat guest ni
asal dia faham apa maksud saya dan ambil pengajaran

takut juga dia melenting
kelat juga muka sang suami
si isteri tersenyum senget
sang suami dengan perlahan keluar dari rumah
saya pura-pura kuatkan semangat
walau lutut dah bergoyang sebenarnya

susah rupanya berkata benar
dan menegakkan yang hak!

okey..kata si isteri
saya jadi menyewa...

alhamdulillah...lega...
selepas berurus niaga
saya terus meninggalkan pasangan itu dan keluarga mereka di BV
tanpa menoleh lagi

sebab di belakang sana 
saya kira ada kata-kata
yang masih berlegar
dan menikam kalbu

seperti perokok yang menghilangkan diri
tapi asapnya masa berlegar
dan baunya lekat di baju!
muahahaha

moral:berhentilahmerokok!

salam sayang: roselangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..