Sejuknya Bak Salju...

denunza-home-baked

Aduhai..
katil queen yang kita susun di tengah..
dah di ubah ketepi dinding
semua extra bed di bilik kedua dah berada di bilik utama
toto yang 2 set itu pun berada selonggok di tempat sama
sakitnya mata!
sakitnya hati!
getus hati kecil saya
kalau nak pindah sana sini pun
susunlah semula bila nak check out!
bising mulut saya mengomel
tapi tangan dan  hati berjalan pantas
mengubah semula
susun atur dan benda ke tempat asal

begitulah sedikit daripada pelbagai karenah 
difikirkan semula
kenapa terjadi demikian?
hanya di bilik tidur utama?
bukan sekali, tetapi kerap kali!

langkawi blaque villa

bukanlah lokek tenaga
sebab we are already in this business/homestay Langkawi
jadi, apa-apa terjadi, ikhlaskan hati sajalah

tetamu ni macam-macam orang 
bak kata orang kampung..
different field, different grasshopper!
kan?

fikirkan balik keadaan ini..
patutlah..
bilik utama ada air-cond!
dan biliknya pun memang besar!
muat satu family
jadi patutlah semua barang diusung ke bilik utama
hanya kerana nak dapatkan dinginnya air-cond
bukanlah bilik ke-2 panas
siap ada kipas siling dan ekzos fan lagi
cuma dingin salju yang didambakan...

kalau homestay
bolehlah kita buat macam tu
berpindah sana-sini
cari kesejukan
cari keselesaan
sapa tak nak selesa?
tak nak senang bukan?

sedikit air-cond pun sudah jadi rebutan
hingga tak kisah dah benda lain
bersepah ke, barang rosak ke dek mengangkat sana sini
yang penting..
sejuknya bak salju itu jadi milikku..haaaa

baru panas dunia kan?
cari air-cond
bayangkan kita di sana nanti
bolehkah sewenangnya berpindah randah
dari panas Jahannam
ke sejuk Firdaus Jannah?

eeee tak terbayang dek fikiran
jomlah kita cari sejuk Jannah di sini
dengan pelbagai jalan
yang telah diberikan
supaya kita tidak panas di sana..

Jannah (syurga) adalah kenikmatan luar biasa yang belum pernah dilihat mata, belum pernah terdengar oleh telinga, dan belum pernah terdetik dalam kalbu manusia. Dalam sebahagian riwayat hadis qudsi, setelah Rasulullah salallahu alaihi wassalam meriwayatkan firman Allah Subhanahu wa ta’ala, beliau bersabda, “
Jika kalian mahu, bacalah firman Allah Subhanahu wa ta’ala:

“Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.” (as-Sajdah: 17)

Dari Abu Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah salallahu alaihi wassalam bersabda,

“Allah Subhanahu wata’ala berfirman, ‘Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang saleh kenikmatan yang belum pernah mata melihatnya, belum pernah telinga mendengarnya, dan belum pernah pula terbetik dalam kalbu manusia’.”

salam sejuknya bak salju
@

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..