Pukul Anak Sindir Menantu


Merimbun Raya di Selat Berbatu
Di Pulau Juasseh Merimbun Taja
Pukul Anak Sindir Menantu
Lunturlah Kaseh Sebelum Senja

Pantun ini membayangkan perasaan saya tentang sekelumit nilai kekeluargaan dalam melayari kehidupan seharian. dalam bait pantun ini menerangkan tentang maksud tersurat yang difahami bagaimana tindakan seseorang yang memukul anak atas tujuan menyindir menantu. maksud tersiratnya pula memberitahu erti projection A mendapatkan B dengan menggunakan C. 

tanpa formula yang kronik pun, kita sudah faham maksud pantun ini. pada saya ia adalah nilaian yang agak satira dan berbaur emosi negatif. mudahnya dari segi bahasa pun, tidak molek memukul dan tidak molek juga menyindir bukan?

mungkin orang melayu lama terbiasa dengan budaya berlapik, berkias dan tidak direct tapi budaya sekarang telah beralih kepada yang lebih clear dan tidak lagi implisit.

melihat pantun ini secara literal
mengapa disebut pukul anak sindir menantu?
bila sebut menantu, mesti berkaitan dengan mertua bukan?
sebab alaminya, mertua vs menantu ni ada polemiknya
hubungan konvensional mertua vs menantu
selalu dibayangkan sebagai bermasalah bukan?
ada saja mehnahnya..
almaklum, sedang ibu sendiri pun tidak sempurna
inikan pula mertua
dari dunia yang berbeza

hubungan kekeluargaan pastinya tidak pernah sempurna
dalam kata lain,,no family is perfect
sedang adik beradik sedarah sedaging pun bercakaran
inikan pula...

cuma apa yang pasti
bila adik beradik sedarah sedaging bercakaran
levelnya taklah setinggi ipar duai dan mertua
bila ibu sendiri hatta adik beradik menyindir contohnya
kesannya tidaklah sedalam
bila mertua atau ipar dua menyindir menantu
bila keadaan itu terjadi
bak kata orang "makan dalam ooo"

tapi mungkin zaman moden ini
hubungan ini sudah sedikit berubah
atau langsung berubah
kepada yang lebih positif

walaubagaimanapun, saya ada membuat sedikit kajian
melalui pemerhatian
terhadap mertua vs menantu...
nantikan postnya ya..
bukanlah membuka aib sesiapa
hanya untuk ilmu dan pengajaran...

bak kata orang lagi
cakap memang mudah
tapi...
 tindakan anak saya dicubit, ditampar dan dipukul membuatkan saya terfikir, apa salah anak kecil itu?atau sipemukul mahu menyindir saya? jika mahu menyindir, isu apa yang mahu disindirkan?aduh....sudahlah anak kecil itu sakit dan menangis..hati saya juga turut menangis dan sakit dek makan hati..huahuahua.
sedang bila keluarga sedarah sendiri melakukan demikian pun saya akan terasa, inikan pula..

apa makna semua projection ini.
cuba cakap dengan terang kata hati saya...
namun saya sendiri tidak terluah akan hakikat itu...

moral mudah, terutama dalam hal kekeluargaan,jika kita stress,,marah, tidak puas hati akan seseorang/sesuatu, janganlah project pada individu atau benda yang salah. cuba berterus terang atau cuba belajar bertenang, supaya kita tidak bertindak salah dan menyakiti hati orang. 

saya faham, hidup ini tidak mudah namun ia tidaklah terlalu kompleks asalkan kita tahu berfikir,
bertindak dan bertimbang rasa...
tak gitu?

 jika anak saya salah, tegurlah dengan elok, janganlah sekadar melepaskan perasaan. saya juga tidak akan selalu membenarkan tindak tanduk anak saya tanpa usul periksa, tetapi saya juga tidak pernah sewenang-wenangnya mencubit, mengherdik malah tidak pernah langsung menampar anak orang lain!

moral mudah lagi..
no family is perfect...
serta
keluarga dan kekeluargaan pasti tidak akan pernah sunyi
malah ia pasti akan selalu penuh dengan kejutan..
jeng3x...

salam kemaafan@rose di langkawi blaque villa homestay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..