Memoir Yang Hilang : Kiambang Bertaut

http://denuanza-home-baked.blogspot.com/

kembali menjengah album gambar lama
yang dah berhabuk
dah terkoyak

siap celotape di sisi
untuk ditampal 
supaya memoir di dalam 
turut tidak terkoyak sama

emm sejak zaman digital ni
dah agak lama tak cuci gambar/print gambar
iyelah, 
gambar hanya tersimpan dalam bentuk soft copy/salinan maya

salinan cetak tak tercetak
gambar anak-anak pun dalam cd je
huahuahua
 
membelek gambar-gambar lama
kelakar..
nostalgia..
dan tak sangka..
cepat sungguh berjalan masa
dan kembali sedar
bahawa..kita hari ni telah banyak dibina oleh hari semalam!

eh ni sapa mama
tanya iman dan yaya
ni alang, acu dan acik
ni pula mama dan paklong
comelnya mama! kata iman

tiba-tiba hati saya sebak
bukan sebab pujian iman
tapi  mengenangkan zaman lalu

betapa hidup telah dilalui panjang
dari sekecil baby bonda dan ayahanda bela
dan adik beradik yang kini sudah menjadi sesuatu
kadang memori indah menjengah masa lalu

sekeping gambar menceritakan banyak perkara
kadang indah bila menatap memori lalu
supaya kita kembali merenung diri kan?

kadang kita terlupa 
dek kesibukan dan konon memandang hadapan!
sedang kita lupa masa lampau juga menggembirakan!

perlahan saya tampal album yang sudah terkoyak
namun memoirnya terpalit indah
zaman kecil, sekolah, universiti, kerja, kahwin dan macam-macam

doa moga memoir itu tidak hilang
ibarat bertaut kiambang!

jadi..
di masa lapang
ajak diri dan anak-anak
membelek gambar lama
 sebab ada sesuatu yang boleh kita pandang!
 

menyelam memoir di langkawi@rose di blaque villa homestay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..