dalam benci itu ada rindu

denuanza-home-baked

benci dan rindu
... sememangnya dua perkara yang amat paradok
amat kontra
dua perkara yang amat berbeza
bagai langit dan bumi
benci auranya negatif
rindu pula positif

namun..
seperti langit dan bumi
yang amat berlainan
mereka tetap wujud bergandingan
kebarangkalian untuk dua unsur kontra ini
wujud seiringan dan bergandingan adalah tidah mustahil

equilibrium kehidupan kita sendiri
tidaklah memerlukan aura positif semata
kadang aura negatif perlu hadir juga
supaya ada check and balance gitu

kadang asyik ambil yang manis sahaja
kencing manis jadinya
sebab itulah
pahit pun perlu ditelan juga
paling tidak kata orang..buat ubat
tak gitu?

saya membebel ini bukanlah apa
bukanlah berfalsampah semata
kadang dengan sendiri pun rasa gelihati juga
dengan sikap sendiri

kadang diri kata benci orang itu dan ini
semuanya salah bila orang itu buat itu ini
padahal bila orang itu susah, kita tolong juga
tapi hati kata benci?

kata hati lagi..
ah sekali ini saja aku tolong
lain kali malaslah!

tapi keadaan itu berulang lagi..
justeru, apa sebenarnya?
sebenarnya dalam benci itu ada rindu!

bukanlah fokus pada percintaan semata
benci dan rindu ni
acap kali tiba
dalam kita mengharung hidup

pasti supaya hidup kita sentiasa ceria
dan meriah dengan segala rasa! 

Rasulullah pernah bersabda
mafhumnya, sebagai manusia
kita tidak akan pernah hilang dengan segala rasa
namun, bersederhanalah
kerana tidak semua yang kita suka itu gembira
dan yang kita benci itu duka!

rose: benci dia, tapi sayang pula!



Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..