Bila Mulberry Berbuah!

fashionedbylove.blogspot.com


apa daun atas pelantar tu bonda?
tanya saya pada bonda yang busy mengemas laman pagi tu
bonda diam tidak menjawab
mungkin tidak dengar agaknya
takkan merajuk pula (bisik hati saya)

eh macam daun mulberry je kata saya
sendiri memberi jawapan pada pertanyaan sendiri tadi

tapi jawapan pun macam serkap jarang saja
sebab saya pun tak pernah tengok pokok mulberry
setakat tengok kat encik google images 
dan nampak daunnya seakan daun bunga raya 
atau sedikit meyerupai daun bunga matahari

tetiba mata saya sendiri terpandang pokok renek di tepi pagar 
sedang jawapan dari bonda masih belum hadir

oh tidak, ia sememangnya pokok mulberry!!
buahnya merah lebat!

sayangnya...
mulberry berbuah lebat itu milik jiran!
huahuahua...

tadi mak mah bagi batang pokok tu
jawapan bonda hadir juga
mak mah adalah jiran saya
owhhh 
jawab saya

terus saya hampiri pagar 
siap minta izin mak mah

mak mah,,,saya minta izin ambik gambar buah ni ye
ambilla  (gambar) kata mak mah
nak makan tak boleh lagi
sebab bila masak, ia kaler hitam
ulas mak mah lagi

saya faham yang..
masa untuk makan buah tu belum tiba
huahuahua
jadi ambil gambar saja lah,,jangan buahnya!

terus teringat akan pepatah

Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tidak berbuah!

nah!
cer tengok pokok mulberry neh
bila berdaun
ia biasa-biasa saja
tapi bila dah berbuah!
nah..siap ambil gambar tuh...

tambah terliur
adalah bilamana buah tu milik orang
tu yang lagi menggila tu

betapa manfaatnya pokok bila berbuah kan?
bila jadi pokok..
kenalah berbuah 
letak baja untuk daun dan buah sekali
supaya besar manfaatnya...

oh mulberry...

sambungan....

setelah seminggu
pokok mulberry berbuah ditepi pagar jiran itu
ku perhatikan lagi

wah...sudah masak ranum
hitam berkilat dan nampak menyelerakan
tangan macam nak petik saja mulberry ranum tu

ah..takkan terliur sangat kau rose
mengidam sangat nak rasa mulberry tu
terbayang rasanya yang enak dan penuh jus
..agaknyalah

eh tak baik ambil tanpa izin..huuu
berdosa tau
ku pandang sajalah mulberry ranum itu

pagi lain pula
nah rasa mulberry neh
hulur mak mah
baiknya hati..

terus tanpa malu saya makan mulberry tu
emmm taklah sehebat disangka rasanya
patutlah jadi sajian atas pavlova
sebab..
isinya masam!
sedap lagi buah keriang @ muyu dikampung saya
muahahah

tapi oklah..
dapat juga merasa mulberry kan
buat pengalaman

tulah..
ibarat kata pepatah
kuman seberang laut nampaklah sangat
gajah depan mata buat tak nampak

mungkinkah sebab ianya mulberry
kita rasa hebat sangat
terliur dan tertunggu
sedang rasanya belum tentu

moral..
hargailah yang ada sekeliling kita
baik buruk buatlah nilaian terbaik
syukur dan redho seadanya...

salam sayang@rose di langkawi blaque villa homestay




Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..