Posts

Showing posts from December, 2012

12 BARISAN DI AKHIRAT~

Image
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya; “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan. BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih; “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih; “Mereka itu adalah …

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK

Image
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak ke…

Sorry Smokers!I have To Say NO!

Image
nota: apologi kepada semua perokok!
bila tengok iklan di tv ala iklan  yang suh kita say NO kepada asap rokok tu  iklan yang bawa 2 jari ke bibir dan goyangkan di udara ke kiri dan ke kanan ingat? ye iklan tu la
apa yang saya fikirkan boleh ke buat macam tu? silap-silap kene tempeleng dengan perokok tu
zaman sekarang ni bukan boleh main silap tegur, kena parang pun ada!
manada orang tak merokok sekarang ni!
terngiang tawa abang kandung saya bila sedikit masa lalu saya berkata.. saya takkan kahwin dengan perokok
alamat tak kawin lah hang... tambah abang lagi
alhamdullillah,, doa saya dimakbulkan encik suami tidak merokok seluruh keluarga saya juga tidak merokok
mengapa benci rokok? sudah terang lagi bersuluh hukum merokok adalah haram! (lihat info lanjut tentang kenapa rokok haram) so, i have to say no right?
semalam.. ketidaksukaan saya pada asap rokok dan perokok terkeluar juga saya hormat pilihan perokok untuk merokok okey, itu hak anda, saya tak masuk campur
tapi bila merokok dan …

Sejuknya Bak Salju...

Image
Aduhai.. katil queen yang kita susun di tengah..
dah di ubah ketepi dinding semua extra bed di bilik kedua dah berada di bilik utama toto yang 2 set itu pun berada selonggok di tempat sama
sakitnya mata! sakitnya hati! getus hati kecil saya kalau nak pindah sana sini pun susunlah semula bila nak check out!
bising mulut saya mengomel tapi tangan dan  hati berjalan pantas mengubah semula susun atur dan benda ke tempat asal
begitulah sedikit daripada pelbagai karenah  tetamu Langkawi Blaque Villa HomeStay kami...
difikirkan semula kenapa terjadi demikian? hanya di bilik tidur utama? bukan sekali, tetapi kerap kali!

bukanlah lokek tenaga sebab we are already in this business/homestay Langkawi jadi, apa-apa terjadi, ikhlaskan hati sajalah
tetamu ni macam-macam orang  bak kata orang kampung.. different field, different grasshopper!
kan?
fikirkan balik keadaan ini.. patutlah.. bilik utama ada air-cond! dan biliknya pun memang besar! muat satu family
jadi patutlah semua barang diusung ke bi…

Memoir Yang Hilang : Kiambang Bertaut

Image
kembali menjengah album gambar lama yang dah berhabuk dah terkoyak
siap celotape di sisi untuk ditampal  supaya memoir di dalam  turut tidak terkoyak sama
emm sejak zaman digital ni dah agak lama tak cuci gambar/print gambar iyelah,  gambar hanya tersimpan dalam bentuk soft copy/salinan maya
salinan cetak tak tercetak gambar anak-anak pun dalam cd je huahuahua membelek gambar-gambar lama kelakar.. nostalgia.. dan tak sangka.. cepat sungguh berjalan masa dan kembali sedar bahawa..kita hari ni telah banyak dibina oleh hari semalam!
eh ni sapa mama tanya iman dan yaya ni alang, acu dan acik ni pula mama dan paklong comelnya mama! kata iman
tiba-tiba hati saya sebak bukan sebab pujian iman tapi  mengenangkan zaman lalu
betapa hidup telah dilalui panjang dari sekecil baby bonda dan ayahanda bela dan adik beradik yang kini sudah menjadi sesuatu kadang memori indah menjengah masa lalu
sekeping gambar menceritakan banyak perkara kadang indah bila menatap memori lalu supaya kita kembali mere…

Pukul Anak Sindir Menantu

Image
Merimbun Raya di Selat Berbatu Di Pulau Juasseh Merimbun Taja Pukul Anak Sindir Menantu Lunturlah Kaseh Sebelum Senja
Pantun ini membayangkan perasaan saya tentang sekelumit nilai kekeluargaan dalam melayari kehidupan seharian. dalam bait pantun ini menerangkan tentang maksud tersurat yang difahami bagaimana tindakan seseorang yang memukul anak atas tujuan menyindir menantu. maksud tersiratnya pula memberitahu erti projection A mendapatkan B dengan menggunakan C. 
tanpa formula yang kronik pun, kita sudah faham maksud pantun ini. pada saya ia adalah nilaian yang agak satira dan berbaur emosi negatif. mudahnya dari segi bahasa pun, tidak molek memukul dan tidak molek juga menyindir bukan?
mungkin orang melayu lama terbiasa dengan budaya berlapik, berkias dan tidak direct tapi budaya sekarang telah beralih kepada yang lebih clear dan tidak lagi implisit.

melihat pantun ini secara literal
mengapa disebut pukul anak sindir menantu?
bila sebut menantu, mesti berkaitan dengan mertua bukan?

Bila Mulberry Berbuah!

Image
apa daun atas pelantar tu bonda? tanya saya pada bonda yang busy mengemas laman pagi tu bonda diam tidak menjawab mungkin tidak dengar agaknya takkan merajuk pula (bisik hati saya)
eh macam daun mulberry je kata saya sendiri memberi jawapan pada pertanyaan sendiri tadi
tapi jawapan pun macam serkap jarang saja sebab saya pun tak pernah tengok pokok mulberry setakat tengok kat encik google images  dan nampak daunnya seakan daun bunga raya  atau sedikit meyerupai daun bunga matahari
tetiba mata saya sendiri terpandang pokok renek di tepi pagar  sedang jawapan dari bonda masih belum hadir
oh tidak, ia sememangnya pokok mulberry!! buahnya merah lebat!
sayangnya... mulberry berbuah lebat itu milik jiran! huahuahua...
tadi mak mah bagi batang pokok tu jawapan bonda hadir juga mak mah adalah jiran saya owhhh  jawab saya
terus saya hampiri pagar  siap minta izin mak mah
mak mah,,,saya minta izin ambik gambar buah ni ye ambilla  (gambar) kata mak mah nak makan tak boleh lagi sebab bila masak…

dalam benci itu ada rindu

Image
benci dan rindu ... sememangnya dua perkara yang amat paradok amat kontra dua perkara yang amat berbeza bagai langit dan bumi benci auranya negatif rindu pula positif
namun.. seperti langit dan bumi yang amat berlainan mereka tetap wujud bergandingan kebarangkalian untuk dua unsur kontra ini wujud seiringan dan bergandingan adalah tidah mustahil
equilibrium kehidupan kita sendiri tidaklah memerlukan aura positif semata kadang aura negatif perlu hadir juga supaya ada check and balance gitu
kadang asyik ambil yang manis sahaja kencing manis jadinya sebab itulah pahit pun perlu ditelan juga paling tidak kata orang..buat ubat tak gitu?
saya membebel ini bukanlah apa bukanlah berfalsampah semata kadang dengan sendiri pun rasa gelihati juga dengan sikap sendiri
kadang diri kata benci orang itu dan ini semuanya salah bila orang itu buat itu ini padahal bila orang itu susah, kita tolong juga tapi hati kata benci?
kata hati lagi.. ah sekali ini saja aku tolong lain kali malaslah!
tapi kead…