Manisnya Cintamu..A Tribute

denuanza-home-baked@blogspot.com
Apa perasaan selepas melahirkan? tanya saya pada adik ipar yang baru melahirkan anak sulung.

dia menjawab: terasa besarnya jasa ibu yang melahirkan bila merasa sendiri pengalaman melahirkan.

terkedu juga saya, banyak statement yang boleh diberi pada open question saya tadi, tapi jawapannya buat saya turut tersentuh dan pastinya mengakui kebenaran jawapannya itu.

pada saya, bondalah idola. dia ibu yang tabah dan saya sangat menyanjunginya.

bonda juga punya kelemahan sebagai manusia biasa, tapi selemah-lemah bonda, saya yang ada phD pun belum tentu mampu mampu menyaingi kehebatan bonda sebagai ibu.

melakar sendiri apa yang bonda buat adalah tidak terungkap. tapi sepanjang berpantang melahirkan anak ke3 ini sahaja, apa yang saya boleh katakan: Tabik spring buat bonda!

bonda bukan sahaja menjaga saya yang berpantang malah menjaga baby juga 2 kakaknya yang nakal tanpa pernah merungut!

saya?jaga diri pun belum tentu...sungguh saya insaf dan berterima kasih. 

terima kasih bonda!

terima kasih Allah!

Keutamaan Seorang Ibu Dalam Hadis-Hadis Nabi

Keutamaan seorang ibu dalam hadis2 nabi:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu”. [Hadis sahih Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim ; lafaz Bukhari hadis no 5971]


Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?


Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
[Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85)]

Kata Abdullah Ibn ‘Amru radiallahu ‘anhu:

رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين

Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” —- Hadis Mauquf, Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya [hadis no: 1899]

“Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum, seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad.” [Hadis Riwayat Imam Bukhari, hadis no. 3004]

معاوية بن جاهمة قال:أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت:يا رسول الله إني كنت أردت الجهاد معك ابتغي بذالك وجه الله والدار الاخرة ,قال : ويحك أمك؟قال نعم,قال أرجع فبرها

Maksudnya: Mu’awiyah bin Jahimah berkata, Aku bertemu Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin mengikuti berjihad bersamamu Rasulullah untuk mencari darinya itu wajah Allah dan negeri Akhirat. Rasulullah lalu bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Pulanglah kepadanya dan berbaktilah kepadanya.”

[Hasan Sahih; Dikeluarkan oleh Imam an-Nasai , hadis no 3104]

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

رَحِمَهُ وَلْيَصِلْ وَالِدَيْهِ فَلْيَبَرَّ رِزْقِهِ فِي لَهُ يُزَادَ وَأَنْ عُمْرِهِ فِي لَهُ يُمَدَّ أَنْ أَحَبَّ مَنْ

Maksudnya: “Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rizki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim (dengan kerabat).” [Hadis Riwayat Imam Ahmad ]


salam sayang, 
rose@langkawi blaque villa homestay (RM150)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..