Ain Rania dan kancil Emas

2 kakak Rania; Iman dan Surayya

bersesak kami 5 beranak dalam kancil emas
(students saya panggil kereta kancil oren saya, kancil emas..mungkin sebab warnanya begitu)
dek menjemput abah dari meng over houl keretanya di workshop
kancil emas yang menjadi 2nd car comel kami
menjadi penyelamat sekali lagi
jika tidak, pasti patah kaki dek kereta ada di bengkel

kemerahan Rania dalam carrier car seat
mungkin panas dan tidak selesa
dek aircond kancil yang comel
menyejukkan 5 orang dalam kereta
namun rania tetap pejam mata
dan tidur lena...
walau ada gerakan-gerakan kecil
tanda sedikit kurang selesa agaknya

rania merengek
saya pangku Rania
peluk Rania erat, cium puas-puas dan beri susu
Rania menyusu sambil kakak-kakak 2 orang tu curi-curi cubit pipi bulat Rania
Rania menyusu dan sambung tidur lagi

kesian rania mama
kata kakaknya Surayya
merah-merah muka Rania

almaklum dah tengahari buta
memang panas
tambah bersesak dalam kancil emas comel

takpe, saya sambung
nanti balik rumah, kita cari aircond ye sayang

sampai di rumah
terus masuk bilik Rania yang sejuk macam peti ais tu
Rania tidur berbungkus
agak lena tidur, saya tinggalkan rania

belum sempat saya sampai ke singki dapur
dengar rania merengek dan menangis!

aik!
dalam kancil emas yang panas tu
tak pula awak nangis
tidur nyenyak walau panas, sempit dan tak selesa

dalam bilik beraircond pun tak selesa?
saya pangku Rania, peluk erat, cium rania
...dan dia senyum, lantas sambung tidur....

(dalam hati)
patutlah hidup selalu diibarat sangkar emas ek
walau dalam sangkar emas sekalipun
tapi tiada kasih sayang..
tiada love, warmth and affection gitu
siapa pun takkan selesa

tapi walau dalam susah..payah dan tak selesa
namun kasih sayang itu hadir
pasti bahagia jua...
ceewah....

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..