Tiga Minggu Selepas…



Bila dan pada keadaan mana akan kedapatan momen di mana anda bangun pagi sarapan berupa minuman cereal panas tersedia di atas meja, nasi dan sup ikan panas tersedia di dapur, anak-anak sudah dihantar ke sekolah, sampah telah di buang dan baju siap di ampai!

Lagi indah bila batu sungai / batu tungku siap berbungkus dibalut harum pandan hangat di sisi! Baby pun sudah siap dimandi plus disediakan pula air rebusan herba untuk mandian ibu!
Di sinilah momen selepas bersalin / berpantang.

Indah bukan? Bila chores dan rutin ulaman kita dah selesai. Tak susah-susah fikir, Cuma ambil masa untuk urus diri dan baby sahaja. indahnya momen itu. Terasa sangat diri diharga suami, iyelah, sudah berjasa, menambah bilangan ahli keluarga! Bukan penat yang remeh, mengandung 9 bulan sepuluh hari, melahirkan dengan nyawa jadi taruhan, berpantang pula 44 hari, silap haribulan, boleh jadi tak keruan!

Alhamdulillah, ada juga penyambung legasi. Encik suami menjadi mister mommy. Walau tak keruan dalam hati, dek rutin yang dah jadi sebati. Kalau bukan kerana berpantang, memang gatal tangan dah nak buat itu semua!tapi minggu kedua, tenaga sudah membina, langkah makin laju dan momen di atas pun semakin tidak menentu.
Tiga minggu selepas, mister mommy sudah tumbang! Demam tiga hari tak bangun-bangun. Tugas mommy kini kembali, buat sarapan, masak tengahari, urus anak, buang sampah, ampai baju plus bakar batu tungku dan sendiri bertungku, jerang sendiri air mandian herba dan mandikan baby!
bertambah rupanya kerja mommy…
Tiga minggu selepas, apa yang jelas?
Mommy akan tetap bertugas!
Encik suami takkan mampu galas,,
hanya sekadar tiga minggu lepas…heeee

Terima kasih Mister mommy,
untuk tugas anda tiga minggu lepas….
moga kudrat anda Dia membalas!
amin!

salam sayang.
roselangkawi@blaquevilla homestay (rm150)

Comments

  1. hehee.. dah tumbang ye? baru orang laki ni tahu betapa banyak nye kerja seorang isteri/ibu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..