Putus Sudah Kaseh Sayang...

New Born Ain Rania

setelah berkhidmat hampir 7 tahun, akhirnya batu tungku itu pecah jua...
ini kisah orang bersalin dan berpantang cara Melayu utara

batu tungku itu asalnya dari sungai nun jauh di Janda Baik
sewaktu percutian keluarga sedikit masa lalu
waktu tu arwah abah masih ada
dan kami menunggu cahayamata pertama..iman..

batu sungai...
ah..sungguh terbaik!
panasnya lama, berjam lama..

mengapa bertungku?
ada yang memilih agenda perampingan luaran dengan balutan kemas  bengkung
ada kata macam mumia

saya memilih untuk bertungku
bagi perampingan dalaman
biar kecut peranakan

dalam hati, alangkah baik jika agenda perampingan dalaman dan luaran
boleh berjalan seiring
berbanding bertungku...saya boleh istiqamah
bakar batu sungai di atas dapur gas
balut dengan kain batik lama
beralas daun mengkudu dan pandan
ah...harum baunya
bertungku di ari-ari dan pinggang
biar berpeluh bak sauna
urat kembang rasa kecut

macam-macam hal berpantang ni
walau tak jatuh hukum wajib macam syarak
macam-macam amalan pantang bersalin
bab makan, bab urut, bab ubatan dan macam-macam

pantang ni kata orang ikut tempat
ada yang boleh di sini, tak boleh di sana
tapi bab makan,,rata-rata hampir serupa
perlu elakkan makan sejuk
seperti sayuran melata dan memanjat
kadang buat pening bila  tafsiran yang sejuk vs panas tu berbeza
..ikut pendapat berbeza
kalau nak tergelakkan
boleh bawa gaduh
bila sampai bab tafsiran panas sejuk ni
contohnya buah tembikai
ada mazhab kata sejuk
ada pulak kata panas

pada saya, ikut badan lah
tepuk dada tanya selera
buruk baik pada tangan kita
kalau rasa konfiden..go on..
innaddi na 'indallahil Islam...
tiada paksaan...
kalau rasa nak makan..makan
kalau rasa nak buat..buat
yang penting anda yakin dan tahu kosmik badan anda sendiri..
cuma bila dengan orang tua
kena tahan sikitlah..
nanti kecik hatinya


saya pernah pandai-pandai sendiri
orang tua cakap
dalam pantang jangan mandi malam
saya curi mandi jugak
sekadar membilas
akibatnya..
bila tengah malam
badan menggigil demam!!
ada benarnya teguran orang tua-tua..

untuk batu tungku itu
putus sudah kasih sayangmu
untuk anak ke empat nanti (ehem sudah berhajat?)
perlu khidmat batu tungku yang baharulah...

selamat berpantang!

nota:(saya telah selamat melahirkan puteri ke 3, Ain Rania pada 30 September 2012)
doakan kesejahteraan kami

looking forward untuk berpantang di kampung, jom ke Langkawi! cuba inap desa kami Blaque Villa kampungStay at only RM149 cuti nanti!

 


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..