Buah zuriat: Suatu ceritera



Artikel ini ditulis dengan 4 penegasan:

1-ia bukanlah untuk memburuk-burukkan sesiapa
2-apa yang ditulis adalah garapan daripada pemerhatian penulis terhadap sedikit pengalaman.
3-artikel adalah pandangan peribadi yang mungkin mengandung unsur yang tidak membina, justeru, bimbingan serta kepekaan diperlukan ketika bacaan dibuat.
4-artikel adalah berkaitan buah zuriat sebagai kata nama (sejenis buah yang diambil kerana khasiatnya untuk mendapatkan zuriat-juga dipanggil buah Adam dan Hawa), juga buah zuriat sebagai kata sifat; perihal zuriat dan radius berkaitannya.

Ceritera satu

Setahu sahabat akan pemergian encik suami ke Tanah Suci, lantas disms nya saya menyampaikan hajat. Katanya ada khabar mengatakan khasiat putik kurma amat baik untuk peroleh zuriat. Hajat saya sampaikan kepada suami. InsyaAllah!jawab suami pendek. Setiba encik suami dari Tanah Suci, ceria wajahnya menceritakan detik dia berjaya mendapatkan putik kurma yang lazimnya ada di Madinah, tapi encik suami menjumpainya di Mekah!memang rezeki mereka yang dah lama menanti zuriat kata encik suami. Saya dengan segera serahkan putik kurma segar dan kering pada sahabat, dengan doa, hajat beliau cepat dimakbulkan. Pada waktu yang lain setemunya dengan sahabat terus saya Tanya progress beliau dengan putik kurma itu. Dengan selamba diberitahu, putik kurma itu sudah diBUANG dek kerana telah lerai dari tangkai dan kekuningan!plus TIDAK SANGGUP menelan rasa kelat putik kurma yang di blend!juga sang suami juga TIDAK MAHU BEKERJASAMA untuk sama mengambil ubatan tersebut!

Bukanlah tidak ikhlas penat mencari putik kurma di Tanah suci, tapi macam tu saja sikap dan sensitiviti terhadap khasiat juga ikhtiar?
 Apa komen anda?
 Komen saya..patutlah…

Ceritera dua

Di blog ini saya ada buat posting tentang khasiat buah zuriat dan cara mengambilnya. Saya juga tinggalkan kontak jika ada yang berhajat mendapatkan buah zuriat. Pada hari saya melahirkan Ain Rania 20 hari lalu, ada tiga panggilan bertanyakan buah zuriat. Kesian pula saya, saya entertain panggilan-panggilan itu dan memaklumkan jika ada stok buah zuriat dalam waktu terdekat, saya akan poskan. Saya sampaikan pada encik suami untuk segera dapatkan stok. Usai saya discas wad, pemanggil pertama sudah BUAT PANGGILAN follow up bertanyakan buah tersebut, saya berikan jawapan yang sama. Alhamdulillah stok diterima Cuma belum berkesempatan packing dek kerana berpantang. Senggang sehari pemanggil kedua dan ketiga pula follow up, siap “BAHASAKAN” saya baik punya dengan sms seakan MENDESAK saya supaya cepat dan saya rasa bagaikan saya ni kaki tipu pula, sedangkan niat saya baik, nak tolong even saya boleh je tak payah entertain semua panggilan itu kerana tiada kewajipan atas saya pun. Saya gagahi membungkus buah zuriat diminta dan minta tolong encik suami poskan. Saya maklumkan penerima yang urusan pos sudah dibuat dan mereka boleh bank in bayaran jika telah terima bungkusan nanti. Bayaran pun bukanlah nak menjual, lebih kepada duit kos sahaja, selebihnya niat saya nak bersedekah. Sms dari Johor tiba mengatakan sudah terima bungkusan, Alhamdulillah. Sms PERSOALAN dari Kuching pula tiba bertanya bila barang nak sampai, guna pos apa? Saya tiba rasa nak marah tapi gagahi menaip sms supaya dia berSABAR….

Apa anda nampak dari ceritera ini?
 Apa komen anda?
Komen saya..patutlah….

*Patutlah……

memang konsep rezeki Allah itu maha luas. Dalam konteks rezeki zuriat, secara luasnya, ia adalah rezeki Allah. Dia akan anugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Daripada dua ceritera di atas, saya kira, ia bukanlah semata-mata soal Dia yang hendak memberi, tapi juga soal Kita yang nak menerima! Bersediakah kita? Mungkin Allah menduga kita supaya kita selesaikan dulu urusan kemanusiaan. Usaha yang baik bukan sekadar mendapatkan putik kurma atau buah zuriat tapi usaha juga mencakupi aspek komunikasi baik, tekun, kasih-sayang, menghargai, berterima kasih, sabar dan mengamalkan segala attitude yang baik/mahmudah ….justeru, sebenarnya, pada hemat saya, putik kurma atau buah zuriat itu bukanlah matlamat, tetapi proses. Ia tidak hanya selesai dengan kita mendapatkannya, tapi apa proses yang kita lalui sebelum, pada dan selepas memilikinya..waAllahu a’lam.

salam sayang

rose@langkawi blaque villa homestay
 (where you can get a kampung view@kampungStay at only RM150)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..