Mati Itu Benar!

kita tahu
sesungguhnya mati itu benar
cuma dalam hidup seharian
kita jarang didatangi kematian
keluarga terdekat, sahabat handai, rakan taulan

tapi bila sesekali berita kematian menjengah
dan kita mengadap jenazah
kita pasti sedar kembali
bahawa mati itu benar
ia adalah janji Allah
bahawa setiap yang hidup akan mati
setiap yang bermula
..akan berakhir

saat menatap muka arwah
dikafan indah
dengan kain putih
dengan senyuman terukir di wajah
kita menangis
kerap kali
sebab teringat memori indah
bersama arwah
kita jarang sedar
yang habuan arwah sudah tiba
dan tiba masa untuk kita pula menilai
di mana kita
jika kita di tempat arwah
sesungguhnya ziarah kita bernilai ibadah
jika kita sendiri ingat kematian itu
untuk diri kita
bukan sekadar menabur gundah di pusara bukan?

Hidup Selepas Mati Itu Benar

Setelah Rasulullah s.a.w melakukan dakwah Baginda dan menceritakan tentang Hari Kiamat, golongan kafir tidak ,mempercayainya dan ini diceritakan dalam firman Allah swt “Dan tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati” (Al-Anaam:29)
Hari Kiamat atau Hari Kebangitan Semula adalah Benar
Dari segi logik akal juga hari kiamat adalah benar kerana ia adalah “Judgement Day“, sepertimana dalam pekerjaan seharian kita, bila tiba masanya “boss” atau majikan akan menilai hasil kerja kita. Begitu juga dengan hari akhirat, Allah akan menilai setiap amalan kita. Bahkan Allah swt bersumpah:

Aku bersumpah dengan hari kiamat; (Qiyama:1) Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (Qiyama:2)
Aisyah r. a. berkata “Aku dahulunya tidak mengetahui adanya siksa kubur sehingga datang kepadaku seorang wanita Yahudi meminta-minta, dan sesudah aku memberi (sebiji kurma) dia berkata: Semoga Allah melindungi kamu dari seksa kubur. Maka aku kira keterangannya itu termasuk penipuan kaum Yahudi, lalu aku ceritakan kepada Nabi s. a. w. Kemudian Nabi s. a. w. memberitahu kepadaku bahawa seksa kubur itu adalah benar, kehidupan atau kebangkitan selepas kematian itu adalah benar dan keramat wali itu adalah benar.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia mulai diciptakan dan darinya dia akan dibangkitkan“(Riwayat Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad in Musnad-nya, dan Malik in kitab al-Muwaththa)
Setelah dibangkitkan semula orang Islam dan kafir pada mulanya duduk bersama-sama, sehinggalah datang satu perintah:
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman). (Yaa-sin:59)
Pertanyaan Kafir Tentang Kiamat

…..dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (Ya-sin: 78)
Ya-sin [79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (Qiyamah:3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Qiyamah: 4)
Seksa Akibat Tidak Percaya Hari Kiamat

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka, lalu Allah berfirman: Bukankah hari kiamat ini suatu perkara yang benar? Mereka menjawab: Benar, demi Tuhan kami! Allah berfirman lagi: Oleh itu, rasalah azab seksa Neraka dengan sebab kamu telah kufur ingkar. (Al-Anaam:30)
Saiz badan ahli neraka sangat besar supaya mereka lebih merasa kesakitan dan siksa azab neraka.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:Rasulullah saw. bersabda: Gigi geraham atau gigi taring orang kafir itu sebesar gunung Uhud dan kekasaran kulitnya adalah sejauh perjalanan tiga hari. (Shahih Muslim No.5090)
Sesal Kemudian Tiada Gunanya

Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata: Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia! Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu. (Al-Anaam:31)
sumber

al-fatihah

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..