Kek Demi Kasih Mama

IMAN'S 6TH BIRTHDAY CHOC CAKE
to PASTI AL-FAIZIN TERRACE

 IMAN'S 6TH BIRTHDAY BANANA CAKE
TO FAMILY.....

Alahai anak
kalau nak diikutkan
sungguh tidak rajin nak buat itu dan ini
semacam nak melayan perasaan
mahu rehat
bersenang-senangan
sebab tak larat!

tapi dek request anak-anak
yang sangat hepi 
bila dapat potong kek 
hari jadi
dan hari-hari hari jadi
yang mama buat sendiri
kesian pulak

nak keluarkan bahan dan menggodek
untuk sebiji kek coklat
pun makan masa dan kederat juga

jiran bagi pisang  berangan sesikat
Alhamdulillah...
emmm kalau buat kek pisang, senanglah sikit
...terkeluar dari mulut saya (nak senang saja)
sebab tak payah guna mixer
kacau gitu je

apa susah kata encik suami
buatlah kek pisang
tapi budak-budak nakkan kek coklat..kata saya
buatlah kek pisang coklat!kata lagi encik suami
iye tak ye jugak..

resepi kek pisang coklat
(asalnya resepi kek karot)

4 biji telur ayam gred B + 3/4 cawan gula dikacau dengan sudip hingga sebati + 1 cwn minyak sayuran/masak + 1 s/t esen vanila.
+ sikit demi sikit 2 cawan tepung gandum (ayak bersama 1 s/t soda bikarbonat dan 1.5 s/t baking powder dan secubit garam)
+ 4 biji pisang dilenyek
+ 1.5 cwn badam cincang (optional)

masukkan dalam loyang pembakar
setkan api atas dan bawah
180c
bakar selama 30min

selepas kek sejuk
letak topping coklat (3/4 cwn susu pekat, 2 s/b serbuk koko, 2 s/b minyak masak--panaskan atas api perlahan hingga blended dan pekat)
tepek sugar edible image...setel!

selamat hari jadi sayang...Aisyah al-Iman 31 Ogos 2012.


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..