Antagonis Cinta


Salam Syawal nan mulia
kita dihambat kesibukan raya
betullah..
cinta itu ada antagonisnya
cinta itu ada yang islah (membina) 
dan ada yang ifsad (memusnah)
kita yang memilihnya bukan?

dihambat rutin Syawal
kadang buat kita sedikit alpa
tergelak juga bila berpuasa Ramadhan
asyik kita menghitung hari
bila nak raya.
tapi bila dah raya
tak terhitung pula
hingga ada yang kata
..raya kan 3 bulan?
owh gitu?
saya sendiri terima jemputan rumah terbuka Syawal pada bulan zulkaedah
dah macam rumah terbuka aidil adha la pulak

itulah bibit antagonisnya cinta
dalam konteks raya sahaja
hakikat, kita tak mampu menolak
cuma harap kita terus berdoa
moga Dia senantiasa menjaga langkah kita!
kan?

salam manis, roselangkawi@langkawi blaquevilla kg stay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..