Posts

Showing posts from September, 2012

Mati Itu Benar!

Image
kita tahu
sesungguhnya mati itu benar
cuma dalam hidup seharian
kita jarang didatangi kematian
keluarga terdekat, sahabat handai, rakan taulan

tapi bila sesekali berita kematian menjengah
dan kita mengadap jenazah
kita pasti sedar kembali
bahawa mati itu benar
ia adalah janji Allah
bahawa setiap yang hidup akan mati
setiap yang bermula
..akan berakhir

saat menatap muka arwah
dikafan indah
dengan kain putih
dengan senyuman terukir di wajah
kita menangis
kerap kali
sebab teringat memori indah
bersama arwah
kita jarang sedar
yang habuan arwah sudah tiba
dan tiba masa untuk kita pula menilai
di mana kita
jika kita di tempat arwah
sesungguhnya ziarah kita bernilai ibadah
jika kita sendiri ingat kematian itu
untuk diri kita
bukan sekadar menabur gundah di pusara bukan?

Hidup Selepas Mati Itu BenarApril 1, 2012 — sulaiman Setelah Rasulullah s.a.w melakukan dakwah Baginda dan menceritakan tentang Hari Kiamat, golongan kafir tidak ,mempercayainya dan ini diceritakan dalam firman Allah swt …

Kek Demi Kasih Mama

Image
IMAN'S 6TH BIRTHDAY CHOC CAKE
to PASTI AL-FAIZIN TERRACE

 IMAN'S 6TH BIRTHDAY BANANA CAKE
TO FAMILY.....

Alahai anak kalau nak diikutkan sungguh tidak rajin nak buat itu dan ini semacam nak melayan perasaan mahu rehat bersenang-senangan sebab tak larat!
tapi dek request anak-anak yang sangat hepi  bila dapat potong kek  hari jadi dan hari-hari hari jadi yang mama buat sendiri kesian pulak
nak keluarkan bahan dan menggodek untuk sebiji kek coklat pun makan masa dan kederat juga
jiran bagi pisang  berangan sesikat Alhamdulillah... emmm kalau buat kek pisang, senanglah sikit ...terkeluar dari mulut saya (nak senang saja) sebab tak payah guna mixer kacau gitu je
apa susah kata encik suami buatlah kek pisang tapi budak-budak nakkan kek coklat..kata saya buatlah kek pisang coklat!kata lagi encik suami iye tak ye jugak..
resepi kek pisang coklat (asalnya resepi kek karot)
4 biji telur ayam gred B + 3/4 cawan gula dikacau dengan sudip hingga sebati + 1 cwn minyak sayuran/masak + 1 s…

Antagonis Cinta

Image
Salam Syawal nan mulia kita dihambat kesibukan raya betullah.. cinta itu ada antagonisnya cinta itu ada yang islah (membina)  dan ada yang ifsad (memusnah) kita yang memilihnya bukan?
dihambat rutin Syawal kadang buat kita sedikit alpa tergelak juga bila berpuasa Ramadhan asyik kita menghitung hari bila nak raya. tapi bila dah raya tak terhitung pula hingga ada yang kata ..raya kan 3 bulan? owh gitu? saya sendiri terima jemputan rumah terbuka Syawal pada bulan zulkaedah dah macam rumah terbuka aidil adha la pulak
itulah bibit antagonisnya cinta dalam konteks raya sahaja hakikat, kita tak mampu menolak cuma harap kita terus berdoa moga Dia senantiasa menjaga langkah kita! kan?
salam manis, roselangkawi@langkawi blaquevilla kg stay