Ramadhan 3-layer Cake!

http://irmadilondon.blogspot.com/


Ayat-ayat cinta klise kita dah mula keluar, bila Ramadhan menjengah fasa hujungnya. Saya sendiri akan terdetik, ah kejapnya berpuasa, dah nak raya! Kadang tenggelam dek persiapan menyambut aidilfitri. Di media, artis dah mula menyanyi lagu raya gembira, sedih dan syahdu.
Kita busy buat kuih raya, beli baju raya sedang Ramadhan melambai sayu meninggalkan kita. Saat menatap gambar kek cik Irma, terbayang tazkirah di Radio IKIM antara lain menyebut:
Dalam bulan ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian dimana :
10 yang pertama adalah kerahmatan dari ALLAH,
10 hari yang kedua adalah nikmat keampunan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA, dan
10 hari yang terakhir adalah terlepas dari azab neraka.
Ya Ilahi…
Layer manakah diri ini?
Dapatkah kerahmatan
Keampunan
Dan terlepas dari azab neraka?lagi kek cik Irma terbayang di mata..
Sungguh kek ini hari ini mendorongku kepada sebuah keinsafan.
Sedetik cumakah?
Macam bait nasyid Raihan

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..