Hanya Untuk Dia!


Siapa yang tidak terharu
tatkala anak dara 6 tahunku
tanpa paksa..
dengan rela bersahur dan berpuasa

sedang saya sendiri lupa..
seawal usia bila starts puasa
terharu rasanya..
dan ambil iktibar juga
ialah, budak kecik pun boleh istiqamah

bila dia mengeluh..
mama..iman lapar..
saya yang turut lapar menjawab
memang semua orang berpuasa itu menahan lapar sayang..

iman menangis...
saya tambah lagi
tapi kan kakak, tak semua orang puasa yan tahan lapar tu, menangis!
macam kakak!
saya macam perli iman

iman menangis sebab ingatkan orang yang tak makan
aduh......
dangkal ilmu ibumu anakku..
moga kamu bahgia dan gembira dunia akhirat anak..
bila mama sudah tiada
manfaatkanlah ilmumu
hidupmu...
doakan mama nak...

nah..bersahur itu susah
tambahan bab makan dan selera makan
anak kecil pulak tu
ku gagahi juga
tanak nasik
just to make sure..
iman dan abah dapat makan nasi goreng panas
atau mee goreng / kuah panas
time sahur...

moga Redho Allah bersamaku dalam menumis juadah di hening pagi...
selamat beramal semua!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..