From Lompat Tikam To Choc. Strawberry...


salam Ramadhan 
agak sinis bila ada cerita sedikit masa lalu
tentang selebriti 
yang dulunya suka lompat tikam/sejenis kuih manis tradisional
dan telah berubah selera kepada Strawberi coklat

apa yang peliknya?
tapi secara satira, ada seakan cuba membayangkan situasi
bak kacang lupakan kulit gitu

lompat tikam
namanya pun tradisional
macam kampunglah sangat

strawberi cecah coklat pula
kan moden
ala ala pekan gitu

tapi dah namanya pun manusia
tiada yang perlu dipelikkan
naluri dan emotional state kita selalu berubah-ubah bukan?

apa salahnya ubah selera
memvariasi rasa
itu pilihan dan hak idividu
biarlah nak makan apa pun
asal bersih lagi halal

jadi, memanglah tidak pelik
bila berpuasa..
macam-macam diimpi rasa
mengidam tak kenal masa
namanya pun berpuasa

tapi tidak juga pelik
bila kita lagi dan lagi
kerapkali impikan sesuatu
mungkin nostalgia..
mungkin juga tidak boleh dilupa

sebab tu di bazar
banyak yang dipamer
adalah impian mata
walhal tak tentu rasa :)

jadi,,inilah kisah fitrah  sebenarnya
insan yang kenal akan fitrahnya
pasti mulia menyambut lebaran
yang tak kenal,,
mungkin tak akan berjumpa minat idaman!

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

salam Ramadhan 1433H

roselangakawi@ langkawi cuti-cuti raya

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..