CINTA Jangan Kau Pergi...


Ramadhan telah berlalu meninggalkan..
Syawal disambut meriah hingga Ramadhan dilupakan..
pasti kita teringat akan CINTA
yang jenuh kita semat
pada Ramadhan lalu
CINTA pada semuanya

Meriah di blog cerita CINTA
cinta masakan
makanan
anak-anak 
keluarga
Terawih
ibadah..
dan macam-macam cerita CINTA

pagi ini..
CINTA itu diuji...
mudah sahaja
CINTA itu diluka

another NEGATIVE statement!
again?
kerap kali
benda mudah dan enteng ini
saya sentuh
bukan apa,,
untuk renungan diri sendiri

situasi saya bertemu seorang teman
selepas keduanya balik beraya
saya sedang buka pintu pejabat

sihat ker?
teman menyapa
Alhamdulillah..jawab saya pendek

apa cerita?
tanya saya 
macam-macam diceritakan teman..
ok..

kenapa kau ni
tegur teman tiba-tiba
aku nampak kau dah macam ini (sambil menggayakan tangan ala gorila-besar)
sungguh! saya terkejut!
sungguh saya terasa!

Alhamdulillah
berjaya saya pujuk hati
dan jawab..
iyelah..aku dah 8 bulan mengandung..
what do you expect...sambil cuba tersenyum walau kelat

Terngiang suraya 4 tahun
menghafal hadis 
al kalimatu toyyibatu sodaqoh!
kata-kata yang baik adalah sedekah!

nah!
soalan mudah
tak bolehkah kita berkata yang lebih baik?
daripada menggambarkan seseorang sebagai gorila?
mungkin pada teman, itu kelakar dan berseloroh..

perlahan saya cuba keluarkan nafas
tarik nafas perlahan
dan berdoa..
CINTA..janganlah kau pergi....

janganlah CINTA disemat sebulan lalu
berlalu pergi
dek kerana kes gorila pagi ni...

salam kemaafan:
al kalimatu toyyibatu sodaqoh!
kata-kata yang baik adalah sedekah!


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..