Juadah Yang Dia Suka!


Barakahnya Ramadhan jarang yang nampak, rasa dan hayati.
Tapi semua pasti akan nampak, rasa dan hayati betapa nostalgianya Ramadhan bukan?
Tengok saja bab juadah, bukan lagi bab ibadah, kita tengok juadah dulu..
Kita pasti makan, masak atau cari juadah yang kita suka, kita gemar, kita teringin.
Kadang di bazaar, kita pun suka cari apa juadah yang orang lain suka, misalnya ahli keluarga kita.
Kadang lebih pelik, kita tanpa sebab membeli juada tertentu hanya kerana nampak sedap atau mungkin kerana tengok ramai yang –Q- di gerai tersebut, dengan asosiasinya…lebih panjang Q, labih sedap lah juadah disitu!
Saya suka lopes, saya pasti akan cari lopes
Iman suka kuih gulung, tembikai dan potato bbq..pasti akan saya belikan iman semua ini
Surayya suka ayam goreng,,goreng ayam sajalah
Encik suami pula suka nasi ayam, sambal dan petai..
Saya juga akan pastikan juadah ini dan spesisnya dihidang
Kerana ia kegemaran yang tersayang..
Nah!kita pasti terlupa
Dalam hal memilih juadah saja
Allah dah letak wisdom / hikmah bagi yang tidak alpa
Terlupakah kita
Tentang ibadah yang Allah suka?
Pada Ramadhan bulan mulia?
Kita kerap kali sajikan impian rasa..
Tanpa fikir apa impian sajian di sana..
Sebelum kita lebih terlupa,
jom tengok apa juadah yang DIA suka!

selamat beramal, salam sayang  roselangkawi@langkawi blaque villa kampung stay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..