Posts

Showing posts from August, 2012

CINTA Jangan Kau Pergi...

Image
Ramadhan telah berlalu meninggalkan.. Syawal disambut meriah hingga Ramadhan dilupakan.. pasti kita teringat akan CINTA yang jenuh kita semat pada Ramadhan lalu CINTA pada semuanya
Meriah di blog cerita CINTA cinta masakan makanan anak-anak  keluarga Terawih ibadah.. dan macam-macam cerita CINTA
pagi ini.. CINTA itu diuji... mudah sahaja CINTA itu diluka
another NEGATIVE statement! again? kerap kali benda mudah dan enteng ini saya sentuh bukan apa,, untuk renungan diri sendiri
situasi saya bertemu seorang teman selepas keduanya balik beraya saya sedang buka pintu pejabat
sihat ker? teman menyapa Alhamdulillah..jawab saya pendek
apa cerita? tanya saya  macam-macam diceritakan teman.. ok..
kenapa kau ni tegur teman tiba-tiba aku nampak kau dah macam ini (sambil menggayakan tangan ala gorila-besar) sungguh! saya terkejut! sungguh saya terasa!
Alhamdulillah berjaya saya pujuk hati dan jawab.. iyelah..aku dah 8 bulan mengandung.. what do you expect...sambil cuba tersenyum walau kelat
Te…

Never Judge A Book...

Image
Salam Syawal
moga dirahmati selalu hendaknya
dalam fatrah menanti hari (terminologi orang pregnant menunggu due date)
Syawal tidaklah selincah disangka

berpuasa Ramadhan jangkanya penuh
tapi dah terdemam kuat pulak
saya berbuka dan minum untuk turunkan suhu badan
risau otang dalam diam tak bergerak
Alhamdulillah..tinggal puasa Ramadhan sehari
kena ganti ni...sementara 6 Oktober menjengah

kalau bukan kerana turn kampung halaman
dan dah dekat setahun beli tiket tambang murah air Asia
mungkin saya pilih untuk tidak balik kampung
dek kemengahan melanda

Alhamdulillah
balik kampung juga
bonda siapkan semuanya
bersembahyang raya juga
dalam kepanasan orang menanti hari
sabar saja..

bila due?
kadang soalan menerjah
dah dekat, saya sedang tunggu hari...

taklah besar perut awak!
menerjah lagi komen
emmm saya jawab
itu bukan ukurannya....
yang utama, baby saya sihat Alhamdulillah
dan saya yang merasa pengalamannya..
takkan mengukur kemengandungan orang dengan  melihat perut je?

taklah marah
se…

Syawal: Adat vs syariat

Image
SYAWAL menjelang lagi. Ia adalah hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya menyucikan jiwa daripada nafsu dunia dan kembali kepada fitrah yang suci.

Lantaran itu, Aidilfitri disambut dengan penuh rasa kehambaan dan kesyukuran dengan iringan takbir, tahmid dan tasbih.

Sesungguhnya kegembiraan menyambut Aidilfitri tidak diungkapkan dengan menuruti hawa nafsu tetapi disalurkan sesuai dengan syariat Islam. Sewajarnya beginilah cara umat Islam menyambut Aidilfitri.

Namun, budaya masyarakat setempat sedikit sebanyak mempengaruhi bentuk sambutan ini, sehinggakan banyak amalan-amalan yang kurang bertepatan dengan syariat dicampuradukkan hingga sukar dibezakan antara adat dengan syariat.

Lupakah mereka akan maksud sebenar Aidilfitri, sehingga mereka lebih mengutamakan perkara-perkara sampingan daripada tuntutan agama.

Temubual dengan Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri sembilan, Nidzamuddin Zakaria dapat menj…

Ramadhan 3-layer Cake!

Image
Ayat-ayat cinta klise kita dah mula keluar, bila Ramadhan menjengah fasa hujungnya. Saya sendiri akan terdetik, ah kejapnya berpuasa, dah nak raya! Kadang tenggelam dek persiapan menyambut aidilfitri. Di media, artis dah mula menyanyi lagu raya gembira, sedih dan syahdu.
Kita busy buat kuih raya, beli baju raya sedang Ramadhan melambai sayu meninggalkan kita. Saat menatap gambar kek cik Irma, terbayang tazkirah di Radio IKIM antara lain menyebut:
Dalam bulan ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian dimana : 10 yang pertama adalah kerahmatan dari ALLAH, 10 hari yang kedua adalah nikmat keampunan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA, dan 10 hari yang terakhir adalah terlepas dari azab neraka.
Ya Ilahi… Layer manakah diri ini? Dapatkah kerahmatan Keampunan Dan terlepas dari azab neraka?lagi kek cik Irma terbayang di mata.. Sungguh kek ini hari ini mendorongku kepada sebuah keinsafan. Sedetik cumakah? Macam bait nasyid Raihan
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup …

Hanya Untuk Dia!

Image
Siapa yang tidak terharu tatkala anak dara 6 tahunku tanpa paksa.. dengan rela bersahur dan berpuasa
sedang saya sendiri lupa.. seawal usia bila starts puasa terharu rasanya.. dan ambil iktibar juga ialah, budak kecik pun boleh istiqamah
bila dia mengeluh.. mama..iman lapar.. saya yang turut lapar menjawab memang semua orang berpuasa itu menahan lapar sayang..
iman menangis... saya tambah lagi tapi kan kakak, tak semua orang puasa yan tahan lapar tu, menangis! macam kakak! saya macam perli iman
iman menangis sebab ingatkan orang yang tak makan aduh...... dangkal ilmu ibumu anakku.. moga kamu bahgia dan gembira dunia akhirat anak.. bila mama sudah tiada manfaatkanlah ilmumu hidupmu... doakan mama nak...
nah..bersahur itu susah tambahan bab makan dan selera makan anak kecil pulak tu ku gagahi juga tanak nasik just to make sure.. iman dan abah dapat makan nasi goreng panas atau mee goreng / kuah panas time sahur...
moga Redho Allah bersamaku dalam menumis juadah di hening pagi... selam…

Juadah Yang Dia Suka!

Image
Barakahnya Ramadhan jarang yang nampak, rasa dan hayati. Tapi semua pasti akan nampak, rasa dan hayati betapa nostalgianya Ramadhan bukan?
Tengok saja bab juadah, bukan lagi bab ibadah, kita tengok juadah dulu.. Kita pasti makan, masak atau cari juadah yang kita suka, kita gemar, kita teringin. Kadang di bazaar, kita pun suka cari apa juadah yang orang lain suka, misalnya ahli keluarga kita.
Kadang lebih pelik, kita tanpa sebab membeli juada tertentu hanya kerana nampak sedap atau mungkin kerana tengok ramai yang –Q- di gerai tersebut, dengan asosiasinya…lebih panjang Q, labih sedap lah juadah disitu!
Saya suka lopes, saya pasti akan cari lopes Iman suka kuih gulung, tembikai dan potato bbq..pasti akan saya belikan iman semua ini Surayya suka ayam goreng,,goreng ayam sajalah Encik suami pula suka nasi ayam, sambal dan petai.. Saya juga akan pastikan juadah ini dan spesisnya dihidang Kerana ia kegemaran yang tersayang..
Nah!kita pasti terlupa Dalam hal memilih juadah saja Allah dah le…

From Lompat Tikam To Choc. Strawberry...

Image
salam Ramadhan  agak sinis bila ada cerita sedikit masa lalu tentang selebriti  yang dulunya suka lompat tikam/sejenis kuih manis tradisional dan telah berubah selera kepada Strawberi coklat
apa yang peliknya? tapi secara satira, ada seakan cuba membayangkan situasi bak kacang lupakan kulit gitu
lompat tikam namanya pun tradisional macam kampunglah sangat
strawberi cecah coklat pula kan moden ala ala pekan gitu
tapi dah namanya pun manusia tiada yang perlu dipelikkan naluri dan emotional state kita selalu berubah-ubah bukan?
apa salahnya ubah selera memvariasi rasa itu pilihan dan hak idividu biarlah nak makan apa pun asal bersih lagi halal
jadi, memanglah tidak pelik bila berpuasa.. macam-macam diimpi rasa mengidam tak kenal masa namanya pun berpuasa
tapi tidak juga pelik bila kita lagi dan lagi kerapkali impikan sesuatu mungkin nostalgia.. mungkin juga tidak boleh dilupa
sebab tu di bazar banyak yang dipamer adalah impian mata walhal tak tentu rasa :)
jadi,,inilah kisah fitrah  seb…