Siapalah Kita Mahu Menilai...



Inilah ceritera kehidupan kita yang sungguh baharu
Tiada siapa mampu mampu menduga
entah apa yang akan berlaku
hanya pada Allah lah kita berserah
kerana Dia Maha Tahu akan segalanya

buat saya terfikir sejenak
tak mampu nak luah
dek kelemahan diri
cuma mampu berfikir
dan doa banyak-banyak

pertemuan semula secara tidak sengaja
dengan kroni / sahabat lama
disebut kroni kerana kami memang rapat
sedikit masa lalu
sebelum masing-masing cuti belajar
dan kini saya dah kembali kerja

sahabat saya ni memang lulusan Mesir
sedang saya UIA saja
dia memang pernah berniqab
bersarung tangan dan bertudung sungguh labuh
Alhamdulillah..
saya kagum

saya pula
dulu bertudung tiga-segi
maksudnya bukan tudung bulat labuhlah

pertemuan pagi itu ibarat flash bacl
...pada perkara di atas
flash back lagi!
sahabat pernah berkata kepada saya
yang suatu ketika pakai selendang/tudung lilit
dan pakai juga tudung segera
yang banyak kedapatan sekarang

"saya TAKKAN pakai tudung ni.."
merujuk kepada tudung saya / tudung segera/ tudung suraya (entah apa namanya)

tapi pagi ini..
maha terkejut saya!
dia pakai tudung segera!

bukanlah saya tidak biasa denga fenomena sebegini
lama juga di UIA
biasa je situasi itu terjadi

bukanlah nak kata
yang itu baik-buruk
betul-salah

tapi entah kenapa
pagi ini buat saya lama termanggu
tak tahu apa yang difikirkan

cuma saya konklusikan..
"siapalah kita mahu menilai.."
moga saya insaf
dengan kehidupan ini yang cepat berubah
 ya Allah, tetapkanlah kami semua dalam iman..
amin!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..