Destinasi Cinta 2.0


kenapa 2.0?
sebab thn lepas ada posting yang sama
tentang destinasi cinta..
bila tiba malam Ramadhan..

ke mana destinasi malam ni kita?
seperti biasa tanya encik suami
tahun lepas..
kami round jugak destinasi sekitar
yang tersampai dek kereta
untuk jelajah malam Ramadhan

ada ke KLIA, ada ke Putrajaya
tahun ini?
destinasi cinta kita berbeza?

aduh..
bila ditanya encik suami akan destinasi
rasa macam mahu bersenangan saja di rumah
sedang encik suami dan anak-anak dah ready
dengan attire terawih!

aduh...
dengan perut 8 bulan
lepas bebuka dengan air 5 gelas
rasa macam tak tergalas!!

sungguh!
perasaan ke destinasi cinta berbaur juga!
demi encik suami!
(moga dengan redho suami, dapatlah redho Allah..)
gagahi juga tuju destinasi itu
dekat saja kali ni
di masjid KLIA

Alhamdulillah..
masjidnya selesa..
untuk orang seperti saya
dan anak-anak kecil yang suka berlari
bergurau senda...

susah payah berakhir juga
dari malam ke malam
harap masih ada kekuatan
supaya mana tahu..
tahu depan tidak ke temu ramadhan..
jika Allah mengizinkan...

Sabda Rasulullah  SAW.
Kalaulah umatku tahu akan kebaikan , peluang dan kesempatan di bulan Ramadhan , niscaya ummatku akan  menginginkan ramadhan itu satu tahun . kerana kebaikannya di lipat gandakan, dosa diampunkan, doa di kabulkan,  dan syurga merindukan orang yang sedang berpuasa.


Syurga merindukan  kepada 4 golongan manusia,  iaitu yang membaca Al- Quran, yang memberi makan kepada yang berpuasa, yang menjaga lisan dan yang berpuasa di bulan ramadhan,

sumber

selamat beramal, roselangkawi@langkawi blaque villa kampung stay rm150

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..