Posts

Showing posts from July, 2012

Destinasi Cinta 2.0

Image
sumber
kenapa 2.0?
sebab thn lepas ada posting yang sama
tentang destinasi cinta..
bila tiba malam Ramadhan..

ke mana destinasi malam ni kita?
seperti biasa tanya encik suami
tahun lepas..
kami round jugak destinasi sekitar
yang tersampai dek kereta
untuk jelajah malam Ramadhan

ada ke KLIA, ada ke Putrajaya
tahun ini?
destinasi cinta kita berbeza?

aduh..
bila ditanya encik suami akan destinasi
rasa macam mahu bersenangan saja di rumah
sedang encik suami dan anak-anak dah ready
dengan attire terawih!

aduh...
dengan perut 8 bulan
lepas bebuka dengan air 5 gelas
rasa macam tak tergalas!!

sungguh!
perasaan ke destinasi cinta berbaur juga!
demi encik suami!
(moga dengan redho suami, dapatlah redho Allah..)
gagahi juga tuju destinasi itu
dekat saja kali ni
di masjid KLIA

Alhamdulillah..
masjidnya selesa..
untuk orang seperti saya
dan anak-anak kecil yang suka berlari
bergurau senda...

susah payah berakhir juga
dari malam ke malam
harap masih ada kekuatan
supaya mana tahu..
tahu depan tidak …

Alahai...Tak Faham

Image
sumber
alahai..
memang tak faham
kenapa kuih pulut hijau
berkuah gula melaka pekat ini
selalu menjadi igauan
tambahan time puasa

hijaunya memikat...
lemak pulutnya menawan...
kuah pekatnya..manis..
atau,,

mungkin baby kat dalam kali ni
pun "girl"
kata orang..
bila pregnant anak pompuan
selalu triginkan benda manis

tapi ada satu lagi yang saya tak faham
bila ada wanita, ibu dan juga sahabat
tidak senang bila
tengok kita pregnant
kenapa ye??

bukankah dia juga wanita
juga ibu
berilah support...
bukannya repot!

bukankah dia juga pernah dan akan pregnant lagi
ada masalah kah bila orang lain concieve?
selalu think bad
talk bad
negative statement
unsopportive statement..

sungguh saya tak faham
...alahai..
X file sungguh la
macam cerita tak penah paham
kenapa suka lopes???

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta (ertinya berdusta dengan ang…

Iman Berpuasa!

Image
sumber
adik tak boleh raya! adik tak boleh dapat baju raya!
marah iman 6 tahun pada surayya 4 tahun yang makan tak kenal waktu tambah depan kakaknya yang baru sehari belajar puasa
surayya meraung dan merengek sambil cakap.. adik kecik lagi...
awak ni berpuasa kan? kata saya pada iman awak puasa, tapi mulut awak bisa! tak jaga!!!
saya pulak yang keanak-anakan bila lepas berkata terasa diri pula yang kena! muhasabah sendirilah.....
mendidik sikecil berpuasa memang mencabar nak makan.. minta air.. penat... merengek... pernah kena marah sebab curi makan dengan sepupunya.. eee geram!
tapi kesian pula... terharu tengok Iman semangat bangun sahur bila habis puasa.. nampak gemilang di mata Iman tanda puas iyelah,,abahnya pun pampered belikan saja apa yang anak teringin bagi reward la agaknya..
usai iman lafaz niat puasa lepas sahur lantang saya mengusik iman lillahi taala tau.. bukan sebab rewards dan baju raya! sebab rewards Allah lagi besar!
ye ke mama? tanya Iman iye...dapat syurga!!!
bi…

What a miss conception!

Image
Ramadhan Kareem!

ceritera awal Ramadhan bermula begini..
baca Yaasin?
respon  kepada Majlis bacaan Yaasin
saya belum nak mati lagi...
respon lagi..
SubhanAllah...

ditimpa musibah!
lapor seorang teman
Innalillah.... ucap saya
eh...tak der yang meninggal!
kata teman itu lagi
penuh yakin!
laaaa.....

baca Yaasin bukan untuk orang meninggal
ucapan Innalillah juga bukan hanya untuk orang mati!
emmmm what a miss conception!

Ramadhan juga bukan semata untuk orang nak diet!
bukanjuga sekadar berlapar dahaga..
ia lebih besar daripada itu....

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibeka…

52 pcs x RM20!

Image
fast selling!Iran peanut Candy!
entertaining my friends hot request on Iran peanut Candy for Hari Raya and Gifts also small businesses
welcoming my online family and friends also
with.. 2 great flavour : original and coffee at just only RM20 (52pcs)
just contact  Rose:012-331 3020 free Delivery for klang Valley (>3 pax )
Ramadhan kareem to all and  salam aidilfitri
best regards: RoseLangkawi@langkawi blaque villa kampung stay

Mengintai Si Kecil

Image
terharu rupanya perasaan si isteri
bila sang suami menemani
ke sesi check up baby

anak ke dua dulu
encik suami jarang ada masa menemani
faham akan tugas dan kesibukkannnya
tidak juga demand minta diteman
dah kalau sibuk
sorang-sorang pun boleh saja pergi check up
bawa kancil comel, parking, daftar dan tunggu
ada rutin semak pressure, timbang berat dan ambil urine
ada juga ambil darah untuk tgk Hb

biasa tengok suami-suami sekarang
menemani isteri tersayang
rasa hepi..

tapi tak juga cemburui..
bila sang suami ada di sisi
tak banyak yang boleh diberi
tapi sangatlah besar erti
bila sama-sama tengok baby
di skrin paparan scanner
mahu tak mengalir air mata di pipi

terima kasih sang suami....
moga keikhlasanmu diberkati

menjengah kotak yang dah hampir 4 tahun tersimpan
mitten dan booties dibuka
alahai comelnya barangan baby kakak dan kak ngah
tak sangka masa pantas berlajan
dan mereka besar dipenglihatan!

nah..giliran baby pula guna
bila dah basuh
cantik lagi....
boleh dipakai seharian
nanti…

Berpuasa dan Hamil!

Image
Adakah selamat jika saya berpuasa semasa hamil? Hanya terdapat beberapa kajian perubatan yang telah mengkaji mengenai kesan berpuasa, tetapi nampaknya secara am, berpuasa semasa kehamilan memangnya selamat.

Berikut adalah perkara yang kami pasti:
Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan. Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti:
Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.Kesih…

Siapalah Kita Mahu Menilai...

Image
Inilah ceritera kehidupan kita yang sungguh baharu Tiada siapa mampu mampu menduga entah apa yang akan berlaku hanya pada Allah lah kita berserah kerana Dia Maha Tahu akan segalanya
buat saya terfikir sejenak tak mampu nak luah dek kelemahan diri cuma mampu berfikir dan doa banyak-banyak
pertemuan semula secara tidak sengaja dengan kroni / sahabat lama disebut kroni kerana kami memang rapat sedikit masa lalu sebelum masing-masing cuti belajar dan kini saya dah kembali kerja
sahabat saya ni memang lulusan Mesir sedang saya UIA saja dia memang pernah berniqab bersarung tangan dan bertudung sungguh labuh Alhamdulillah.. saya kagum
saya pula dulu bertudung tiga-segi maksudnya bukan tudung bulat labuhlah
pertemuan pagi itu ibarat flash bacl ...pada perkara di atas flash back lagi! sahabat pernah berkata kepada saya yang suatu ketika pakai selendang/tudung lilit dan pakai juga tudung segera yang banyak kedapatan sekarang
"saya TAKKAN pakai tudung ni.." merujuk kepada tudung saya …

BERDOA UNTUK SAUDARA MUKMIN TANPA PENGETAHUANNYA ADALAH SATU AMALAN MULIA

Image
Amalan berdoa merupakan suatu tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Banyak ayat-ayat Al-Quran mahupun hadith menyebut tentang galakan berdoa. Firman Allah SWT yang bermaksud : “dan Tuhanmu berfirman : berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.” (al-Mu’min: 60). Firman-Nya lagi yang bermaksud : “berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang apa yang diminta dan cara meminta).” (al-A’raf : 55). Manakala di antara petikan hadith yang menggalakkan amalan berdoa ialah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa itu ialah ibadat.” (Riwayat Bukhari). Hadith lain ialah Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat, “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Justeru itu, pelbagai doa diajar oleh Rasulullah SAW untuk diam…

Tadarus, Ramadhan Dan Rasulullah

Image
Asasnya, tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Diriwayatkan, Rasulullah bertadarus Al-Quran dengan Jibril sendiri. عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: (كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ـ أي أكرم الناس ـ
وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل، وكان جبريل يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه
القرآن، فرسول الله صلى الله عليه وسلم حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة) متفق عليه
“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan,
dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan.Jibril a.s.
menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan
Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah
amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang”.
(Riwayat:Al-Bukhari dan Muslim).

Tadarus Al-Qur’an mempunyai ba…

berry berry Azam 3 Julai 2012

Image
sumber


DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN

اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Maksudnya: “Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.
DOA MEMOHON HATI YANG BERSIH

اللَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَا
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engk…