Rutab oh Rutob!

 Dah nak raya ke mama?
tanya Surayya si  4 tahun
kenapa?
tanya saya

ada orang jual korma...
sebutan Surayya memang KORMA

nak tergelak dengan gaya sebutan sebegitu
tapi betul jugak kata surayya
dah menghampiri Ramadhan dan Syawal katakan
memang banyak gerai kurma

manada nak raya
kata Iman si 6 tahun
tak raya pun ramai je orang jual kurma
kata Iman lagi

betul jugak...fikir saya

jom kita beli korma nak?

ajak saya pada 2 telletubbies tu
nak!!
kedua mereka jawab serentak

alahai comelnya korma ni
kata surayya

haaa,,yang ni sedap tau
kata saya

eh yang tu kurma ke mama?
macam lain je

haaaa ni nama dia rutob!
kurma basah yang masak sikit-sikit
kelat sikit-sikit
dah rasa fresh!

ooo fresh punya ke..kata iman
agaknya dia faham kot maksud fresh tu

yang kering, kita panggil tamar... 
ooooooo....

bagi sepuluh ringgit ye

pergh...setangkai sepuluh ringgit tuh
takpelah, rutob punya pasal

usai dari PKNS Bangi itu
terimbas kenangan di tiang Masjidil Haram
Ramadhan tahun itu..
kami bawa iman buat umrah
ditiang-tiang Masjidil Haram
ramai pak Arab duduk bawa karung berisi rutob
dan paper cup
kami pun beratur ambil sedekah iftar petang tu
indahnya....

lamunan terhenti..

kakak ingt tak time kita kat mekah dulu?

kata saya pada Iman..

ingat..
bestkan mama?

adik tak pegi lagi OMRAH
surayya mencelah

alamak.....
okey, ada rezeki kita pegi lagi ye sayang..

kata saya memujuk

surayya tersenyum......

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..