Pembunuh Rasa...

Salam Puan..
ya saya bercakap..terdengar suara di hujung talian

puan, saya nak minta maaf..kata saya
saya tak dapat adakan kelas seperti djadualkan hari ni

kenapa?suara itu tinggikan pitching
you ada berapa slot hari ni?...kata suara itu

saya di langkawi puan/kampung
saya minta maaf ..
saya ada kematian...

so bila you nak ganti kelas ni? suaranya keras

tersentak saya
bukanlah saya idamkan ucapan takziah dan belas
tapi....begitukah?

saya pun emergency ni puan
kematian kan?
saya pun tak tahu ianya terjadi

so bila you nak ganti kelas?
suara itu bertegas lagi tanpa rasa kasihan belas

saya akan ganti as soon as possible

terima kasih puan, maaf ye

ok..kata suara itu

saya sedih..
bukanlah tidak sedih dek kematian nenda
sedih dek penangan minda pembunuh rasa!

kot ye pun..
cakapla takziah...
sebelum minta you itu dan you ini...

patut dia belajar dengan anak saya surayya
baru 5 tahun

kata surayya
kenapa mama belok?
iyelah mesti belok sebab jalan ni membelok
kata saya yang sedang memegang stereng

tengok air botol ni dah terbalik
kesian dia....

surayya kesian dengan botol yang terbalik!
tinggi personafikasinya

bukan bermaksud nak kata yang anak saya bijak dan pandai
tapi nak bagi tahu bahawa
apa yang dirasai surayya
adalah perkara asas!
terlalu basic!
anak-anak kecil pun tahu merasa

insaf saya!
rasanya jiwa kita telah mati
dimatikan dengan urusan duniawi

saya juga perlu teladani surayya
kembali kepada asas rasa itu
janganlah saya jadi seperti puan itu!
moga dijauhkan!

.....Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.....

selamat beramal

kembali ke homeostasis hati, rose@blaquevillalangkawi

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..