Buah Sudah Ditebuk

banyak mangga bonda di depan laman
balik kampung kerana ayah bonda ke Tanah suci untuk 2 minggu tunaikan umrah
boleh juga tengok-tengok rumah ayah bonda yang banyak tanaman kontan ni
boleh juga tolong siram dan sapu daun kering di laman
kebetulan cuti sekolah, langkawi  Blaque Villa Kampung stay pun penuh
dapat juga sambut guest yang bertandang
sebelum ni ayah bonda yang handle

yang pelik tentang pokok mangga di depan laman ni...
semalam, Alang dah kait/petik dekat seguni buah
bukan apa..
asal bangun pagi je, bersepah buah dilantai pokok
bila diintai tak pulak nampak buah di atas pokok yang ada potensi

nah, seguni lebih buah yang dikait
bukanlah dengki pada rezeki sang kelawar dan tupai
tapi sakit juga hati bila buah yang besar sekadar ditebuk!
nak makan, makanlah elok-elok
bisik hati saya

pagi ni, ingatkan dah kait seguni semalam..
taklah besepah lagi dilantai pokok
ermmmm bersepah lagi!
bertaburan sisa tebukan buah

pandai mereka cari ruang ye
kita tengok dah takde buah dah
dia bolah nampak lagi potensi yang tersembunyi
hai...
ah memang kerja mereka
memang kepakaran mereka

seronok juga ada kebolehan sebegitu bukan?
peluang yang orang tak nampak
kita yang capai dahulu
bagus kemahiran sebegitu

tapi awas!
pastikan dimanfaat sepenuhnya!
jangan tebuk sana sini
makna tak habis
tak elok tuh....

sebab tu perumpamaan orang tua
bagai buah ditebuk tupai 
membawa konotasi negatif
no..no..no
 tak baik, berdosa!

tirulah macam tupai
yang pandai rebut peluang
tapi jagnan tiru tupai
bab yang menyusahkan orang!

sebaik-baik insan berbudi
ialah yang banyak bakti
bukan yang banyak menyakitkan hati..
ye tak?
 

roselangkakwi @ langkawi blaquevilla homestay

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..