Posts

Showing posts from June, 2012

Rutab oh Rutob!

Image
Dah nak raya ke mama? tanya Surayya si  4 tahun kenapa? tanya saya
ada orang jual korma... sebutan Surayya memang KORMA
nak tergelak dengan gaya sebutan sebegitu tapi betul jugak kata surayya dah menghampiri Ramadhan dan Syawal katakan memang banyak gerai kurma
manada nak raya kata Iman si 6 tahun tak raya pun ramai je orang jual kurma kata Iman lagi
betul jugak...fikir saya
jom kita beli korma nak?
ajak saya pada 2 telletubbies tu nak!! kedua mereka jawab serentak
alahai comelnya korma ni kata surayya
haaa,,yang ni sedap tau kata saya
eh yang tu kurma ke mama? macam lain je
haaaa ni nama dia rutob! kurma basah yang masak sikit-sikit kelat sikit-sikit dah rasa fresh!
ooo fresh punya ke..kata iman agaknya dia faham kot maksud fresh tu
yang kering, kita panggil tamar...  ooooooo....
bagi sepuluh ringgit ye
pergh...setangkai sepuluh ringgit tuh takpelah, rutob punya pasal
usai dari PKNS Bangi itu terimbas kenangan di tiang Masjidil Haram Ramadhan tahun itu.. kami bawa iman buat umrah ditiang-tiang Masjidil …

Pujilah Isterimu Sekiranya Layak...

Image
salam sayang..time kasih masak nasik goreng.sedap!
hati bagai berbunga harum  tatkala baca text mesej dari encik suami pagi tu jantung rasa berdegup pantas air mata mula bergenang di kelopak mata hati rasa kembang setaman gitu
bukan ada apa pun mesej tu kan.. pasal nasi goreng je pun tapi disebabkan encik suami ni  jarang-jarang bagi pujian itu yang buat terharu gitu
plus.. agaknya saya pun jarang-jarang masak nasi goreng di pagi-pagi hari heeeee... tetiba pagi yang berbahagia itu, rajinlah pulak nasik yang dibahagi dua itu---satu di rumah buat encik suami satu lagi saya bawa ke pejabat rasa sedaplah pulak nasi goreng pagi tu..heeee  agaknya terkena sentuhan keikhlasan..theee
patutlah bila kita  baca tips-tips rumahtangga selalu disaran supaya puji memuji siapa tak suka dipuji plus,,berkasih sayang suami isteri mengeratkan keharmonian rumahtangga banyak pahla tuh...
buat sang suami-suami selalulah... puji si isteri ..sekiranya layak jika tak layak pun... apa salahnya puji ambil hati…

Fadhilat Puasa Sehari Syaaban

Image
Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan. 
Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-…

Seminar Antarabangsa al-Qur'an 2012

Image
Nama Seminar:Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari (SQ2012)
Tarikh Seminar 1 - 2 Disember 2012 (Sabtu dan Ahad)
17-18 Muharram 1434H

01 Disember 2012 : 8.00 a.m – 5.00 p.m02 Disember 2012 : 8.30 a.m – 5.00 p.m
TempatPermai Hotel, Kuala Terengganu, Malaysia
TemaMenjana Transformasi Bertunjangkan Al-Quran

Sub-Tema Para sarjana dan penyelidik adalah dipelawa untuk menyumbangkan hasil kajian dalam Seminar Antarabangsa al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari bagi sub-sub tema berikut:

i. Al-Quran, Akidah dan Pemikiran
ii. Al-Quran , Fiqh dan Perundangan
iii. Al-Quran ,Sains dan Teknologi
iv. Al-Quran dan Kebajikan
v. Al-Quran dan Ekonomi
vi. Al-Quran, Tamadun dan Kebudayaan
vii. Al-Quran dan Perubatan
viii. Al-Quran dan Pendidikan
ix. Pentafsiran dan Penterjemahan Al-Quran
x. Pemartabatan al-Quran di Terengganu

Tarikh PentingTarikh akhir Abstrak: 1hb September 2012Tarikh makluman penerimaan abstrak untuk pembentangan: 2 minggu selepas penerimaan abstrakTarikh akh…

Ramadhan Kareem...

Image
sumber
Ramadhan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa sebagai diambil dari kalimah “رمض” (panas membakar ) dan hal ini lantaran kerana waktu ini manusia berpuasa menahan diri dari makan dan minum sehingga kepanasan tekak kerana kehausan manakala menurut riwayat dari Mujahid ra (murid ibn Abbas ra) mengatakan bahawa ramadhan ini ialah salah satu dari nama Allah swt dan tidaklah diguna untuk makhluk(lihat takrif ramadhan dalam lisanul arab oleh Ibnu Manzur m/s 245 Jilid 4).

Ramadhan

Bulan ini merupakan satu bulan mulia dan waktu yang merupakan khusus untuk umat Islam melakukan ibadah puasa dengan menuruti perintah Allah yang menyebut :

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa” (Al-Baqarah : 183).

"Bulan Ramadhan yang pada bulan itu telah kami t…

Tempahan Pra-Ramadhan

Image
sayu hati jugak..
rasa macam Ramadhan tahun lalu baru saja berlalu
bila Israk Mikraj menjelma
hati dah mula syahdu
oh...Ramadhan dah dekat

moga Allah panjangkan usia untuk kita lalui Ramadhan kali ini
mengutip rahmah dan hidayah
mula tengok iklan berbuka di media
iklan buah kurma
dan iklan raya!
huh! cekap!

ada tempahan baju raya dah ditutup!
lagi cekap!

kak!
ada adikku memberikan text mesej
nape dik..
walau awal lagi, sebab biasanya akak kan jual benda ni time pose dan raya
ok,,
apa halnya
pasal biskut kacang timur tengah yang sedap tula..

ooooooo kata saya
peanut barley biscuit...
nape dik?
saya nak tempah awal boleh kak?

oh...boleh apa salahnya
stok biskut ni pun memang sepanjang tahun
cuma akak promo lebih pada musim raya
kalau nak sekarang pun boleh
berapa nak order?

harga biasa RM20 X 50 pieces
ada perasa original, kopi dan bijan
(nak order? sms/emel saya..penghantaran percuma di lembah klang
minimum 3 pax...sempat lagi promo)

ok kak, nanti ada list order saya bagitau akak
oke…

Kisah Swimming Pool

Image
Saya dah reserve untuk encik satu unit homestay cuti ini
bunyi text mesej saya pada guest Blaque Villa Homestay Langkawi

ada special rate ke?
balas guest saya

boleh runding, 2H1M saya bagi RM250 sahaja
ok jadi! balas guest saya

biasanya saya akan mintak guest bank in full payment sebelum check In
tapi guest kali ni macam liat sikit
takpe, saya raikan..

tiba hari cek in
anak buah yang uruskan kereta sewa guest dah maklumkam via text mesej
guest dah ambil kereta dan on the way ke homestay

tak ada iron ye?
kata guest
saya akan bagi upon request kerana asasnya saya tak galakkan
almaklum sudah ada kes
kalau encik nak saya boleh bagi

towel takder?
eh,,ini homestay encik..
takkan nak demand macam hotel? kata saya
tapi takpa, ada towel
saya pun boleh bagi

alamak, tak ada air-cond ke..
panas la kak!
menjerit guest pada saya

kan saya dah bagitau
ini Blaque Villa Kampung stay,,agak-agakla
rate Rm150 memang untuk unit yang ada kipas sahaja
tapi bayu sawah di sini dingin lagi menyejukkan encik ..…

Pembunuh Rasa...

Image
Salam Puan..
ya saya bercakap..terdengar suara di hujung talian

puan, saya nak minta maaf..kata saya
saya tak dapat adakan kelas seperti djadualkan hari ni

kenapa?suara itu tinggikan pitching
you ada berapa slot hari ni?...kata suara itu

saya di langkawi puan/kampung
saya minta maaf ..
saya ada kematian...

so bila you nak ganti kelas ni? suaranya keras

tersentak saya
bukanlah saya idamkan ucapan takziah dan belas
tapi....begitukah?

saya pun emergency ni puan
kematian kan?
saya pun tak tahu ianya terjadi

so bila you nak ganti kelas?
suara itu bertegas lagi tanpa rasa kasihan belas

saya akan ganti as soon as possible

terima kasih puan, maaf ye

ok..kata suara itu

saya sedih..
bukanlah tidak sedih dek kematian nenda
sedih dek penangan minda pembunuh rasa!

kot ye pun..
cakapla takziah...
sebelum minta you itu dan you ini...

patut dia belajar dengan anak saya surayya
baru 5 tahun

kata surayya
kenapa mama belok?
iyelah mesti belok sebab jalan ni membelok
kata saya yang sedang memegang stere…

Buah Sudah Ditebuk

Image
banyak mangga bonda di depan laman balik kampung kerana ayah bonda ke Tanah suci untuk 2 minggu tunaikan umrah boleh juga tengok-tengok rumah ayah bonda yang banyak tanaman kontan ni boleh juga tolong siram dan sapu daun kering di laman kebetulan cuti sekolah, langkawi  Blaque Villa Kampung stay pun penuh dapat juga sambut guest yang bertandang sebelum ni ayah bonda yang handle
yang pelik tentang pokok mangga di depan laman ni... semalam, Alang dah kait/petik dekat seguni buah bukan apa.. asal bangun pagi je, bersepah buah dilantai pokok bila diintai tak pulak nampak buah di atas pokok yang ada potensi
nah, seguni lebih buah yang dikait bukanlah dengki pada rezeki sang kelawar dan tupai tapi sakit juga hati bila buah yang besar sekadar ditebuk! nak makan, makanlah elok-elok bisik hati saya
pagi ni, ingatkan dah kait seguni semalam.. taklah besepah lagi dilantai pokok ermmmm bersepah lagi! bertaburan sisa tebukan buah
pandai mereka cari ruang ye kita tengok dah takde buah dah dia bola…