Segaknya Dia!

mengerling dari cermin, nampak kereta besar kaler hitam di belakang kancil saya yang comel. cantik kereta besar ni, ada lampu bagai star wars pulak di siang hari.

kenapa pulak dia tak potong? aku ni dah la 660cc je, dah duduk kiri dah ni, kau nak laju, potonglah! kata hati saya.al-maklum, kereta besar lagi power selalunya boleh tahan juga lagaknya di jalan raya (persepsi saya pemandu kancil) tapi sang hitam segak di belakang masih setia follow ikut speed saya seadanya sehingga selepas tol gate, kami berpisah.

ooooh nilah Proton PREVE rupanya, saya berbisik. cantik juga appearance dia....sambil ekor mata saya membiarkan PREVE berlalu dan hilang dari pandangan.

terdetik, agaknya macam nilah di mahsyar nanti, bila orang beriman kelihatan bersinar dan berseri-seri, macam PREVE di lebuhraya. takkan kita nak jadi pemerhati je kan? walau PREVE itu milik orang, jom pastikan kita dilihat sebegitu segak di sana nanti dengan iman dan taqwa, amin!

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.   Yunus , 26

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..