Wa Ttinni Wa Zzaitun

terkial-kial saya habiskan 3 biji buah zaitun hijau, 
itu pun makan bersulam nasi. 

susah betul nak menelan.

 Encik suami pula makan buah zaitun ala makan kacang putih je. al maklum dia lama di Jordan, saya pula lama di Malaysia, orang kampung pulak tu, manalah biasakan,,,

saya mula makan buah zaitun pun sebab encik suami kata zaitun berkhasiat (saya pregnant masa tu dan anemia due to thalasemia = HB rendah!) saya yakin ketika itu, HB saya yang low 6.0 telah menjadi 10.0. doktor pun tanya, apa yang puan makan? saya jawab, buah zaitun, its a miracle, kata doktor, biasanya pengidap thalasemia hanya akan ada di paras maksima 8. Alhamdulillah, saya jawab..

sekembali encik suami dari umrah, saya dapat sebotol buah zaitun, belum sampai sehari, saya dah habiskan setengah botol!

kalau suka tak apalah, makan je,,kata encik suami tersenyum

wattin ni wazzaitun...saya baca surah tin

apa tu kata surayya

buah zaitun ada dalam quran?

tanya surayya

ye, sebab buah ni special

sebab tu Allah sebut dalam quran

ooooo kata suraya (entah dia faham)

sedang saya tercari-cari betul ke apa yang saya jawab tadi?

terjemahan:
  1. Demi buah tin dan buah zaitun.
  2. Demi Bukit Sinai.
  3. Demi negeri yang aman ini (Mekah).
  4. Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian.
  5. Kemudian Kami tempatkannya di tempat yang paling bawah (neraka).
  6. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka ganjaran yang tidak akan putus.
  7. Maka apakah sebabnya kamu mendustakan agama selepas datangnya keterangan.
  8. Bukankah Allah seadil-adil hakim?

    Saya bertanya anak-anak, kenapa Allah bersumpah dengan buah tin, buah zaitun, bukit Sinai dan kota Mekah. Mereka tidak menjawab. Ini satu kisah baru bagi mereka.

    Sebenarnya Allah suka bersumpah dengan ciptaan-ciptaanNya yang istimewa. Dulu buah tin hanya tumbuh di Damsyik (tempat tinggal Nabi Nuh). Buah zaitun pula hanya tumbuh di Baitulmaqdis. Tempat itu dikaitkan dengan Nabi Isa. Bukit Sinai atau Thursina adalah tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu. Mekah pula dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim. Di tempat-tempat inilah rasul-rasul ulul azmi yang lima itu berdakwah menyampaikan risalah Allah kepada umat mereka.

    Apa yang penting dalam surah ini Allah menjelaskan bahawa manusia telah dicipta sebagai makhluk yang paling sempurna - memiliki aqal dan nafsu. Sekiranya hati dan aqalnya memilih untuk derhaka kepada Allah, maka tempat tinggalnya adalah serendah-rendahnya (neraka).

    Sekiranya hati dan aqalnya mengajaknya untuk beriman dan beramal soleh maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang tidak akan putus-putus.

    Amalan soleh yang bagaimanakah yang boleh mendapat pahala yang tidak putus-putus? Contohnya seorang yang mengajak orang lain (dakwah) untuk kebaikan, maka pahala kebaikan rakannya itu akan diterimanya tanpa dikurangi sedikitpun. Kemudian rakannya itu pula mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan dan seterusnya dan seterusnya.

    Contoh lain amalan yang pahalanya tidak putus-putus ialah sedekah jariah dan mengajar ilmu yang bermenafaat kepada orang lain.

    Jadi anak-anak kalau kita dah tahu tentang semua ini, apakah yang menyebabkan kita tidak percaya kepada hari pembalasan. Bukankah kita tahu Allah itu adalah hakim yang paling adil? Allah tahu kita buat baik dan Alah tahu kalau kita buat jahat. Apa yang ada dalam hati dan otak kitapun Allah tahu.  sumber





Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..